Dulu Hadiahkan Vellfire, Tahun Ini Usahawan Beri Anak Pop Mart Selori Untuk Hari Lahir

13 hours ago 14

Mana ada ibu bapa yang tak teruja bila hari lahir anak semakin dekat. Ada yang siap merancang berbulan-bulan awal demi memastikan hari istimewa si kecil berjalan dengan meriah.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu majlis sambutan hari lahir anak kepada usahawan, Farhana Zahra yang diadakan di kediamannya sendiri. Namun, apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah tema sambutan hari lahir tersebut yang lain daripada yang lain.

Tak pilih tema yang biasa, Farhana Zahra atau lebih dikenali sebagai Cikna menggunakan tema Perkampungan Bunian untuk sambutan hari lahir anaknya.

Artikel berkaitan: “Ini je mama mampu bagi” – Usahawan Mohon Maaf Hanya Mampu Belanjakan RM 1 Juta Untuk Hari Lahir Anak

Artikel berkaitan: “Kereta idaman”  – Cik B Tak Sangka, DSV Hadiahkan Lamborghini Urus RM1.6 Juta Sempena ‘Birthday’

Menerusi video berdurasi 1 minit yang dimuat naik Cikna, suasana sambutan hari lahir anaknya kelihatan cukup unik dan menarik perhatian. Seisi keluarga tampil dengan busana serba putih seperti ‘keluarga bunian’, malah para tetamu juga tidak ketinggalan mengenakan pakaian putih bagi menepati tema majlis.

@farhanazahra91_ Tahun ni cikna jimat sebab anak cikna xnak kereta , diorang nak POPMART je SATU LORI untuk hadiah birthday 🥹 #farhanazahra91 #cikna ♬ original sound – Farhana Zahra

Malah, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot berpakaian seperti hantu yang menjadi antara tarikan utama tetamu.

Cikna turut menulis di dalam postingan tersebut bahawa dia tidak mampu memberikan hadiah mewah untuk anaknya sempena sambutan hari lahir tahunn ini.

“Maafkan mama, tahun ini tiada hadiah mewah, setengah juta sahaja mama habiskan untuk birthday kali ini,”– katanya

Berbanding tahun lepas, Cikna sempat tular di media sosial kerana menghadiahkan anaknya sebuah kereta vellfire dan beberapa lagi hadiah mewah.

Untuk tahun ini, Cikna sempat memberikan ucapan sempena sambutan hari lahir tersebut dan menyatakan bahawa mereka tidak mahukan kereta sebagai hadiah.

“Tahun ni kami tak nak kereta. Mereka nak Pop Mart satu lori,”– katanya

Mengikut permintaan anaknya, Cikna menghadiahkan satu kotak wang tunai berjumlah RM100,000 untuk tiga orang anaknya. Cikna turut menjelaskan bahawa wang tersebut diberikan khas untuk mereka membeli sendiri koleksi Pop Mart.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |