Siapa sangka tahun 2026 ini menjadi tahun yang bermakna buat pempengaruh Fatin Nabila, dia kini telah sah bergelar isteri kepada seorang usahawan.
Menerusi Instagram miliknya, Fatin Nabila meluahkan rasa syukur kerana doanya semasa berada di tahah suci telah dimakbulkan.
Artikel berkaitan: “1.1.2025 terima lafaz cerai” – Pempengaruh Fatin Nabila Kongsi Dugaan Besar Sepanjang Tahun Ini
Artikel berkaitan: “Korang asyik dengar satu pihak sahaja kan” – Fatin, Isteri Prince Syed Buka Mulut Pasal Dakwaan Keluarga Kandung
Tunang bulan 4, kahwin bulan 6

“Antara doa saya cium di batu hajarul aswad September tahun lepas dimakbulkan Allah SWT. Allah Maha Baik dalam setiap perancangannya.”

Menurut Fatin, kisahnya bermula apabila suaminya sudah memasang niat untuk berjumpa dengan ibunya pada bulan Ramadan lepas. Selepas itu, Fatin terus menunaikan umrah dan terus membuat ikatan pertunangan pada bulan April lalu.
“Tak tahu bagaimana percaturan Tuhan, bulan Jun bernikah. Allah Maha Baik dalam setiap perancangannya.”

Sebelum ini perkongsian daripada Fatin Nabila telah mengejutkan orang ramai apabila pempengaruh ini mendedahkan yang dia telah bercerai pada awal tahun lepas.
Pada tahun yang sama, Fatin juga menceritakan bahawa awal tahun 2025 dia juga telah mangalami kerugian lebih daripada RM 400,000 dan bermacam-macam lagi termasuklah mengalami trauma selama 6 bulan.
Sumber : Instagram

13 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















