“Dia minta pergi ke tandas dan….” – Rakan Sekelas Mangsa Kongsi Detik Kejadian Kes T*kam Bandar Utama

1 day ago 12

Tragedi kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah di Bandar Utama baru-baru ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada guru dan para pelajar yang bersekolah di tempat kejadian.

Terbaru, rakan sekelas kepada mangsa, Yap Shing Xuen, 16 yang maut dalam tragedi tersebut telah menceritakan semula detik-detik kejadian yang berlaku, yang mana mangsa dikatakan telah meminta kebenaran untuk ke tandas semasa peperiksaan berlangsung dan tidak lagi kembali.

Rakan sekelas mangsa yang mahu dikenali sebagai Adam ini, memberitahu perkara berkenaan kepada wartawan ketika menghadiri upacara penghormatan terakhir buat Yap yang diadakan di Nirvana Center, Kuala Lumpur semalam, lapor China Press.

adam 1

Tonton video sini.

Artikel berkaitan: Kes T*kam Pelajar Di Bandar Utama, Ini Kronologi Penuh Kejadian Tragis Tersebut

Artikel berkaitan: Kes T*kam Pelajar: “Hati saya remuk. Minta maaf tak cukup” – Bapa Suspek

Tidak kembali lepas 20 minit ke tandas 

Menurut Adam, Yap telah meninggalkan kelas yang berada di tingkat tiga untuk ke tandas perempuan di tingkat bawah.

Namun selepas kira-kira 20 minit berlalu dan masih tidak kembali, guru mereka kemudian turun untuk memeriksa dan ternampak suspek yang memegang pisau dalam keadaan mencurigakan di tapak perhimpunan.

Kami kemudian diarahkan menutup pintu dan tidak dibenarkan keluar,” katanya.

Tambahnya lagi, abang kepada suspek bersama beberapa guru akhirnya berjaya menahan remaja berkenaan.

download

Menurut Adam, dia mengenali Yap sejak tingkatan satu dan menyifatkan gadis itu sebagai seorang yang penyayang, sopan dan sentiasa membantu rakan.

Dia turut mengesahkan yang mereka tidak mengenali suspek secara peribadi dan Adam juga mengakui agak trauma dengan kejadian yang berlaku serta tidak ke sekolah selama dua hari.

Terdahulu, mangsa Yap Shing Xuen dilaporkan maut akibat 200 kesan tikaman pada tubuh, yang mana perkara ini didedahkan oleh ibu mangsa, Wong Lee Ping, 44 dalam satu sidang media yang diadakan semalam.

Dalam pada itu, suspek kini telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Sumber: China Press, Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |