Dari Messi Ke Ronaldo, Piala Dunia 2026 Pentas Akhir Buat 4 Ikon Bola Sepak Ini

9 hours ago 11

Piala Dunia FIFA 2026 bukan sekadar kejohanan terbesar bola sepak dunia, malah bakal menjadi pentas akhir buat beberapa legenda yang telah mencorakkan sukan ini selama hampir dua dekad.

Ketika dunia sedang teruja menyaksikan kemunculan generasi baharu seperti Kylian Mbappé, Jude Bellingham, Erling Haaland dan Lamine Yamal, tumpuan turut terarah kepada empat nama yang mungkin membuat penampilan terakhir mereka atau kerap kali disebut sebagai ‘The last dance’ di pentas Piala Dunia.

Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Neymar Jr dan Luka Modrić bukan sekadar pemain bola sepak biasa. Mereka adalah ikon yang membentuk era moden bola sepak dengan kejayaan, rekod dan detik-detik luar biasa yang sukar dilupakan peminat.

1. Cristiano Ronaldo

Snapinsta.to 721011070 18740576326056421 6608908411319945297 N

Bintang Portugal, Ronaldo yang kini berusia 41 tahun masih memburu impian menjulang trofi Piala Dunia pertama bersama Portugal selepas sekian lama menjadi tonggak utama skuad kebangsaan negara berkenaan di pentas antarabangsa.

Pemenang lima Ballon d’Or itu sudah menjulang pelbagai kejuaraan termasuk Liga Juara-Juara Eropah, Kejuaraan Eropah (Euro) dan Liga Negara-Negara UEFA bersama Portugal. Namun trofi Piala Dunia masih menjadi impian yang belum kesampaian.

Kejohanan kali ini mungkin menjadi peluang terakhir buatnya mengejar trofi paling berprestij dalam dunia bola sepak.

2. Lionel Messi

Screenshot 2026 06 12 163857

Messi, 39, yang membantu Argentina merangkul kejuaraan dunia ketiga pada edisi 2022 di Qatar kini memegang rekod penampilan terbanyak dalam sejarah Piala Dunia dengan 26 perlawanan.

Kapten Argentina itu terus dianggap sebagai simbol kejayaan generasi emas negaranya selepas memainkan peranan penting dalam membawa skuad La Albiceleste muncul juara dunia.

Ramai peminatnya berharap dapat menyaksikan aksi terakhir pemain yang dianggap antara terbaik sepanjang zaman itu di pentas Piala Dunia.

Artikel berkaitan: Nak Tengok Bola Tapi Tersalah Fokus! Ini 7 Pemain Kacak Bawah 30 Tahun Yang Beraksi Di FIFA World Cup 2026!

Artikel berkaitan: Ronaldo Berang Nama ‘Messi’ Dilaung Ketika Tewas Dalam Piala Super Saudi

3. Neymar Jr

Screenshot 2026 06 12 164041

Selepas hampir tiga tahun tidak beraksi, bintang sensasi Neymar Jr bakal membawa harapan besar buat rakyat Brazil yang sudah lama menunggu kejuaraan dunia keenam.

Sejak membuat debut antarabangsa pada usia muda, Neymar sering digelar sebagai pewaris kepada legenda Brazil seperti Ronaldo Nazário, Ronaldinho dan Kaká.

Neymar, penjaring terbanyak Brazil sepanjang zaman dengan 79 gol dalam 128 penampilan antarabangsa, namun perjalanan kariernya tidak pernah mudah apabila sering mengalami kecederaan.

Penyerang Brazil yang berusia 39 tahun itu memberi bayangan yang kejohanan kali ini bakal menjadi Piala Dunia terakhir baginya dan pastinya mahu menamatkan perjalanan itu dengan trofi yang selama ini diimpikan.

4. Luka Modrić

Screenshot 2026 06 12 164406

Kehadiran beliau di pentas Piala Dunia 2026 sangat dinanti-nantikan, terutamanya selepas membawa Croatia muncul sebagai naib juara pada tahun 2018 dan menduduki tempat ketiga pada 2022.

Kapten Crotia ini dijangka membuat penampilan terakhir dan merupakan penampilan kelimanya selepas beraksi di pentas tertinggi itu pada 2010, 2014, 2018 dan 2022.

Bintang Croatia itu terus melakar sejarah bersama skuad kebangsaan apabila muncul antara pemain paling menonjol yang pernah mewakili negaranya di pentas Piala Dunia.

Bagi ramai peminat, Messi, Ronaldo, Neymar dan Modrić bukan sekadar pemain bola sepak. Mereka adalah simbol sebuah era yang membentuk kenangan berjuta-juta penyokong di seluruh dunia.

Sumber: Solihull Observer, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |