Bila bercakap tentang anugerah antarabangsa yang mampu letakkan Malaysia ke peta dunia, The Knights Award memang antara nama utama. Mana tidaknya, daripada usahawan berjaya, inovator hinggalah ke ikon seni, seramai 150 individu dari pelbagai bidang telah diiktiraf sepanjang tiga musim anugerah ini dibuat.
Tahun ini, The Knights Award musim ke-4 kembali lagi dan yang pasti, ia lebih meriah, berprestij dan kali ini ia akan berlangsung di salah satu lokasi paling ikonik di Malaysia iaitu Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC.
Bunyi macam malam yang penuh glamour kan? Tapi realitinya, The Knights Award ni jauh lebih besar dari sekadar red carpet. Ia merupakan satu platform global yang membawa peluang sebenar untuk kolaborasi, pembangunan perniagaan dan pertukaran budaya sambil meraikan bakat-bakat luar biasa dari seluruh dunia.
Sidang media jadi pemanas suasana
Sebelum majlis utama berlangsung, The Knights Award Season 4 mengadakan sidang media di Boathouse, Kuala Lumpur pada 9 September lepas. Suasana penuh eksklusif ini jadi platform untuk umumkan kategori anugerah, kriteria pemilihan, serta proses pencalonan.
Antara tetamu khas yang hadir termasuk Dr. Isabella Pek, Ketua Bahagian Muzik DBKL; Dato’ Seri Robert Lim, Presiden Kebangsaan Dewan Perniagaan Cina; Yusuf Hashim, bekas Pengarah Urusan Shell Chemicals Malaysia; pencipta kandungan popular Jenn Chia; dan Dato’ David Arumugam, penyanyi utama kumpulan legenda Alleycats.
Sidang media ini juga menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara The Knights Award dan JDX Tea, yang terus komited menyediakan produk teh premium. Melalui kerjasama ini, JDX mahu mengukuhkan jenama dan reputasi dalam tiga sektor utama: teh, kesihatan, dan hadiah.
Pada masa sama, penganjur turut memperkenalkan barisan Majlis Lords (Council of Lords), iaitu tokoh-tokoh berpengaruh yang bertanggungjawab memilih pemenang, seperti:
- Dr. Zyro Wong – Presiden Majlis
- YBM Adjunct Prof. Dato’ Sri Raja Rezza Shah Tengku Sri Kelana D’Raja – Pengasas & Pengerusi Islamic Fashion Festival
- Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj – Pengarah iKhasas Group
- Tan Sri Dato’ Sri Ong Tee Keat – Presiden Malaysia-China Silk Route Business Chamber
- Prof. Tan Sri Datuk Dr. Ghauth Jasmon – Presiden Pengasas Multimedia University (MMU)
- JJ Delgado – Pemimpin di sebalik International Sales Day terbesar dalam sejarah Amazon
- Puan Sri Datuk Dr. Shariffa Sabrina – Presiden Women’s Sport Fitness Foundation MY
- Dato’ Aaron Aziz – Artis & penerbit antarabangsa terkenal
- Dato’ Sasikala Devi Subramaniam – Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Tune Talk Sdn Bhd & bekas Timbalan Ketua Polis Selangor
- Dr. Kishva Ambigapathy – Pengerusi Commonwealth Youth Innovation Hub
- Dato’ Haji Ismail Nordin – Pengerusi Financial Consulting Cooperative Limited
- Datuk Dr. AT Kumararajah – Naib Presiden National Chamber of Commerce and Industry Malaysia
- Esther Hor – Rakan Kongsi Naqiz & Partners
- Dato’ Jonathan Lim – Pengarah Urusan Systech Berhad
- Dr. Jon Low – Pengasas Smileway Dental Clinic
- Bon Zainal – Pengasas Malaysia Bumiputra Designer Association
Dengan barisan sebesar ini, jelas sekali setiap pemenang dipilih melalui proses yang rapi dan ketat, memastikan hanya yang benar-benar layak diberi pengiktirafan.
Rakan Strategik Yang Mengukuhkan Penganugerahan
Kekuatan The Knights Award Musim Ke-4 juga datang daripada barisan rakan kongsi rasmi yang menyokong acara ini:
- Official Venue Partner: Boathouse
- Official Media Partner: ASTRO
- Branding Partner: JUSS
- Official Automotive Partner: Millennium Autobeyond
- Technology Partner: WKV Holdings
- Official Event Decoration Partner: Party.Eventilicious
- Supporting Organisations: Branding Association Malaysia, Malaysia-China Silk Road
- Business Chamber, Malaysia Truly Asia
- Legal Advisor: Naqiz & Partners
- Official PR Partner: Influasia
- Official Gift Partner: JDX Tea
Kerjasama ini bukan sahaja menambah kredibiliti acara, malah meluaskan jangkauan penganugerahan ini ke lebih banyak lapisan industri dan masyarakat.
Selebriti antarabangsa pun turun KLCC
Kalau korang nak tahu, antara nama besar yang bakal diraikan pada musim ini adalah Peabo Bryson, penyanyi lagenda dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan lagu ikonik Beauty dan the Beast dan A Whole New World.
Selain itu, bintang Hong Kong Wayne Lai yang pernah memenangi anugerah TVB untuk pelakon terbaik selama tiga kali turut tampil bersama hos dan pelakon lagenda, Lawrence Cheng yang telah lama menjadi wajah hiburan Asia.
Dari Brazil pula, Gabriel Henrique yang pernah mencuri hati juri dalam America’s Got Talent dengan vokal luar biasanya akan turut diraikan di majlis ini nanti. Sementara itu, penyanyi viral dan jurulatih vokal dari Kanada yang popular di kalangan komuniti Cina, Rozette akan turut membuat persembahan khas buat pertama kali di Malaysia.
Tak ketinggalan, Vic Teo dari rancangan Midlife Sing & Shine 3 juga bakal mencuri perhatian. Gabungan nama-nama besar ini membuatkan The Knights Award bukan sekadar majlis anugerah tempatan tapi merupakan sebuah pentas global.
Pemenang bawa misi lebih besar
Biasanya, majlis anugerah adalah tempat untuk meraikan kejayaan seseorang untuk satu malam, tapi The Knights Award bawa misi yang lebih besar.
Menurut presidennya, Dr. Zyro Wong, platform ini diwujudkan untuk membina jaringan elit pemimpin, memperkasa perniagaan serta individu dengan kecemerlangan jenama serta mewujudkan kerjasama rentas sempadan yang turut membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang positif.
Dalam erti kata lain, bila seseorang itu dipilih sebagai pemenang, mereka bukan sahaja mendapat trofi tapi juga akses kepada siri strategi penjenamaan, peluang networking bertaraf antarabangsa dan pelbagai aktiviti selepas majlis yang boleh membantu perniagaan dan reputasi mereka terus berkembang. Ringkasnya, ia merupakan pelaburan jangka panjang untuk komuniti global.
Tambahan pula, musim ke-4 ini jadi lebih signifikan dengan kerjasama Commonwealth Youth Innovation Hub, yang mewakili 56 negara anggota Komanwel. Kerjasama ini menjadikan The Knights Award sebagai pintu masuk ke rangkaian antarabangsa yang luas, memberi pemenang peluang untuk berhubung dengan pembuat dasar, pemimpin industri, dan komuniti global. Peluang yang jauh melangkaui malam penganugerahan itu sendiri.
Malaysia Jadi Tumpuan Dunia
Bila sebut Dewan Filharmonik PETRONAS di KLCC, korang tahu ini bukan sekadar dewan biasa. Lokasi ikonik ni jadi simbol kebanggaan Malaysia dan secara langsung letakkan negara kita di peta dunia sebagai tuan rumah anugerah antarabangsa. Lebih 30 negara bakal hadir dengan delegasi termasuk wakil kedutaan, pemimpin korporat dan selebriti.
Apa yang buat anugerah ni lebih istimewa adalah pemilihan pemenang yang sangat ketat. Calon dinilai berdasarkan sumbangan luar biasa, tahap inovasi dan usaha ke arah kelestarian. Hanya mereka yang betul-betul beri impak jangka panjang pada masyarakat dan ekonomi akan diiktiraf, sebab tu lah The Knights Award dikenali sebagai platform eksklusif dan penuh integriti.
Jadi jangan fikir The Knights Award Musim Ke-4 ni sekadar malam red carpet. Ia majlis yang satukan penyanyi legenda, pelakon TVB, inovator muda, ahli korporat dan tokoh masyarakat di KLCC. Oktober 2025 nanti dijangka lebih besar, lebih meriah dan lebih ikonik dari musim sebelumnya.
Kalau korang nak berminat untuk jadi sebahagian daripada sejarah The Knights Award Musim Ke-4? Daftar sekarang dekat sini.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi atau ikuti mereka di Instagram dan Facebook.