ioi city mall

Bahagian dapur sebuah pawagam di IOI City Mall di sini terbakar kira-kira 30 peratus dalam insiden yang berlaku sekitar pukul 10 pagi tadi, sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan kakitangan dan pengunjung pusat beli-belah berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.08 pagi sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 17 kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan dapur pawagam GSC di tingkat tiga bangunan dengan keluasan lebih kurang 20×30 kaki persegi.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sebelum anggota bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel berkaitan: Hutan Seluas 1.2 Hektar Di Kajang Prima Terbakar

Artikel berkaitan: Bangunan Sebuah Sekolah Menengah Di Perak Terbakar Ketika Mesyuarat PIBG & Jamuan, Tiada Mangsa Cedera

550483374 1198223809018227 7097547984430371261 nGambar tular di media sosial memaparkan keadaan berasap di pekarangan pawagam GSC, IOI City Mall, pagi tadi.

Beliau memaklumkan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan keadaan berjaya dikawal dengan cepat hasil tindakan awal pasukan keselamatan di premis berkenaan.

Katanya, pihak bomba kini sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran.

Terdahulu, GSC menerusi satu hantaran di Facebook mengumumkan semua tayangan di GSC IOI City Mall 2 (East) terpaksa dibatalkan buat sementara waktu susulan insiden tersebut.

Bagaimanapun, sekitar pukul 2.30 petang, pihak pengurusan GSC memaklumkan tayangan filem telah bersambung semula seperti biasa selepas keadaan disahkan selamat.

Malah, terdapat juga beberapa hantaran daripada netizen yang risau mengenai kejadian berkenaan sehingga tular di media sosial.

Sumber: Malaysia Gazette

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.