Pemandu Suv X70 Rempuh Rider

Tular di media sosial satu rakaman dashcam memaparkan kemalangan melibatkan sebuah kenderaan SUV dan sebuah motosikal.

Menurut laporan, kejadian berlaku di Jalan 17/21, Petaling Jaya, pada petang semalam memperlihatkan kereta X70 berwarna kelabu yang didakwa hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh seorang penunggang motosikal.

Akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Azim Haikal Noor Aziddin, berusia 20-an mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

687857622 10225395660917671 1071483063668253878 N

Artikel berkaitan: Kes Rempuh Penunggang Maut: Pemandu Positif Alkohol, D*dah Direman 4 Hari

Artikel berkaitan: Beruang Berguling Kesakitan, Dipercayai Kena Langgar Di LPT2

Pemandu dibebaskan atas faktor kesihatan

Dalam perkembangan terkini, pemandu yang merupakan lelaki warga emas dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, lelaki tempatan berusia lingkungan 70-an itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati suspek memiliki lesen memandu yang sah.

“Dia ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan memandangkan sudah berusia dan mempunyai penyakit,” katanya.

Polis memaklumkan siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu terbabit sehingga hilang kawalan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Manakala mangsa pula dipercayai sedang bekerja ketika kejadian berlaku.

“Bagaimanapun, ujian saringan air kencing dan alkohol yang dijalankan ke atas pemandu didapati negatif,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.