RTMKlik merupakan salah satu platform untuk peminat bola sepak di Malaysia menonton kejohanan Piala Dunia 2026 secara percuma.
Mungkin ada yang mencuba mengakses siaran itu dari luar negara dengan menggunakan Rangkaian Persendiran Maya (VPN).
Bagaimanapun, tindakan tersebut dianggap sia-sia kerana Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyekat sebarang cubaan akses dari luar negara melalui platform terbabit.
Ketua Pengarah Penyiaran Ashwad Ismail berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan dan sistem khas bagi memantau tindakan tersebut.
Jelasnya, pemantauan berterusan itu dilaksanakan bersama-sama rakan strategik teknologi bagi memastikan siaran kejohanan berkenaan hanya dapat ditonton di Malaysia, selaras dengan perjanjian hak penyiaran bersama dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
“Kita sentiasa melakukan sekatan geografi dan ia sebahagian daripada perjanjian dengan FIFA.
“Pasukan teknikal memantau setiap saat dan ada pengukuhan dibuat pada sistem belakang (backend) RTMKlik dari semasa ke semasa bagi memastikan kandungan World Cup menerusi RTMKlik tidak boleh diakses dari luar Malaysia,” katanya.

Artikel berkaitan: RTM Nafi Azlan Johar Direhatkan Kerana Sertai PAS
Artikel berkaitan: “Bukan sebab dibelasah 7-1…” – Jurulatih Curacao Menangis Ketika Lawan Jerman Di Piala Dunia 2026
Tambah Ashwad, langkah itu juga bertujuan memastikan kelancaran siaran kesemua 104 perlawanan menerusi RTM dan rakan penyiar rasminya, Unifi TV, selain memastikan kestabilan platform digital berkenaan sepanjang kejohanan berlangsung.
Mengulas lanjut mengenai VPN, beliau berkata walaupun terdapat cubaan menembusi sistem RTMKlik, langkah pengukuhan berterusan yang diambil menjadikan sistem itu semakin sukar ditembusi, sekali gus memastikan penonton di Malaysia dapat terus menikmati siaran dengan baik.
Terdahulu, timbul dakwaan yang mengatakan bahawa platform RTMKlik dapat diakses di televisyen pintar luar negara.
Sumber: Malaysiakini

10 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















