Belum pun reda kesedihan kehilangan anak sulung pada Februari lalu, pelakon versatil Amyza Aznan sekali lagi berdepan ujian berat apabila anak keduanya, Adrian Adam, 18, disahkan menghidap kanser tulang sejak Ramadan lalu.
Dalam laporan Kosmo!, Amyza difahamkan tidak dapat menahan sebak berkongsi emosinya yang terkesan setiap kali mendengar rintihan anaknya pada waktu malam. Apa yang meruntun hati, Adrian didakwa sering menyembunyikan kesakitan semata-mata kerana tidak mahu ibunya bimbang.
Artikel berkaitan: “Berderai air mata…” – Tampil Berkerusi Roda, Nyanyian Anak Amyza Aznan Sentuh Hati Netizen
Artikel berkaitan: “Saya ada sekali dalam bilik bersalin” – Sharifah Shahirah Sebak Terkenangkan Detik Amyza Aznan Lahirkan Andre Mikael

“Satu dah pergi (Allahyarham Andre), seorang lagi sakit sama. Sekarang ini, setiap hari dan setiap malam dia akan cakap sakit.
Saya tak tahu nak cakap dan buat apa. Apa boleh saya buat? Setiap malam sebelum tidur saya akan tanya dan dia jawab sakit.
Namun dia pula sebelum ini tak mahu cakap kongsi kesakitan itu dengan saya tetapi cakap kepada orang lain,” katanya.
Fizikal Adrian juga terjejas teruk apabila mengalami ‘foot drop’ akibat bengkak pada bahagian betis yang kini membesar seakan-akan saiz bola takraw hingga menyukarkannya berjalan.
“Sekarang Adrian ‘foot drop’ (sukar mengangkat kaki) sebab bila bengkak, beri tekanan kepada saraf dan kerana itu tak boleh angkat.
Bengkak dia sangat besar pada bahagian betis yang sebesar bola takraw, berat dia nak jalan,” kongsinya.
Demi kesembuhan, Amyza kini mengikhtiarkan rawatan alternatif tanpa pembedahan yang memerlukan sebanyak 80 sesi dengan anggaran kos mencecah RM53,000.
Siri rawatan Adrian ini turut dibantu oleh sumbangan orang ramai berjumlah RM200,000 yang berjaya dikumpul oleh pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi baru-baru ini.
Sumber: Kosmo!

10 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















