Berita baik buat pelanggan semua bank di Malaysia apabila diumumkan tiada lagi dikenakan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) bermula 1 Julai ini.
Dalam kenyataan bersama, Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) berkata pengecualian itu terpakai kepada semua ATM dan SRM yang dikendalikan bank di seluruh negara.
Menurut mereka, inisiatif itu membolehkan pemegang kad debit Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM tanpa mengira bank pengeluar kad, dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.
“Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan mencerminkan komitmen berterusan industri perbankan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, inklusif dan mampu milik,” menurut kenyataan itu.
Artikel berkaitan: Bebankan Pengguna, Ramai Minta Caj Transaksi RM 1 Dihapuskan
Artikel berkaitan: “Biarlah negara sebelah je yang amalkan” – Restoran Kenakan Caj ‘Aircond’ Cetus Perdebatan Netizen

Inisiatif ini juga sebagai usaha berterusan sektor perbankan untuk menyokong semua lapisan masyarakat dengan memastikan pelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan yang praktikal, insklusif dan berfokuskan pelanggan.
Katanya, pemansuhan caj pengeluaran tunai antara bank itu bertujuan memastikan akses kepada tunai kekal mudah, dipercayai dan berpatutan, selain membantu mengurangkan beban kewangan harian rakyat.
Pada masa sama, industri perbankan berkata ia akan terus menggalakkan penggunaan bayaran digital dan tanpa tunai yang selamat, mudah serta lancar sebagai pilihan alternatif untuk transaksi harian.
Sehubungan itu, bank komited memberi kebebasan kepada pelanggan memilih kaedah pembayaran yang sesuai dengan keperluan masing-masing, di samping memperkukuh rangkuman kewangan dan pengalaman perbankan di Malaysia.
Sumber: Harian Metro

2 hours ago
5














![[VIDEO] Pemuda Didakwa ‘Cop’ Parkir, Guna Alasan Ada Hak Sebab Kerja JKR](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/06/ft-lelaki-cop-parking.jpg)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















