Seperti yang ramai sedia maklum, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal berdepan dengan keputusan rayuan kesnya pada 30 Jun ini.
Oleh itu, tunang ahli parlimen itu yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah telah menjemput orang ramai untuk menghadiri majlis solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kelancaran urusan pasangannya itu.
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata, majlis berkenaan akan diadakan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya pada Khamis, 25 Jun ini sebagai tanda sokongan buat Syed Saddiq.

Artikel berkaitan: “Persiapan kahwin? Tunggu lepas 30 hb nanti” – Bella Astillah Sangkal Dakwaan Bakal Berkahwin 26 Jun Ini
Artikel berkaitan: “Future First!” – Hantaran Syed Saddiq Untuk Bella Astillah Raih Pujian Netizen, Siap Ada Simpanan Untuk Anak
Menurutnya lagi, mereka yang bukan beragama Islam juga boleh hadir ke majllis berkenaan selepas jam 8.30 malam.
Saya berbesar hati untuk menjemput semua yang mengenali kami sama-sama menghadiri majlis solat hajat dan juga doa selamat yang bertempat di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra pada 25 Jun ini.
“Kepada yang bukan Muslim pun boleh datang juga selepas pukul 8.30 malam. Kepada yang lain boleh datang pukul 7 malam dan kita boleh solat Maghrib bersama-sama. Tak sabar nak jumpa semua,” katanya.
Bella juga pada masa yang sama berharap tunangnya itu diberikan ketenangan dan keadilan dalam menghadapi proses perundangan itu.
Sebagai info, pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Syed Saddiq atas empat pertuduhan dan menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta serta dua sebatan.
Bagaimanapun, pada Jun 2025, Mahkamah Rayuan membebaskan dan melepaskan beliau daripada semua pertuduhan selepas membenarkan rayuannya.
Mahkamah Persekutuan kemudian menetapkan 30 Jun 2026 sebagai tarikh untuk sampaikan keputusan muktamad berhubung rayuan itu.
Sumber: Instagram

10 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















