ardell aryana orang nak tahu lokasi baya rm5000

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana baru-baru ini mendedahkan ada pihak sanggup menawarkan wang sebanyak RM5,000 kepada pengurusnya semata-mata untuk mengetahui di mana keberadaannya.

Perkara ini didedahkan Ardell atau nama penuhnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, menerusi satu sesi live yang mengatakan dia juga menerima kecaman dan ugutan daripada pihak tidak dikenali selepas menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) tidak lama dulu.

Ardell walau bagaimanapun memaklumkan yang dia tidak ambil pusing ancaman tersebut, malah tidak takut dengan ugutan yang dikenakan terhadapnya.

Saya tak kisalah orang nak komen, orang nak ugut. Ada sampai dia hubungi pengurus saya. 

“Siap nak upah RM5,000 untuk nak tahu lokasi saya sahaja. Marah-marah dan paksa semata-mata untuk tahu lokasi saya berada. 

“Saya tak kisah sebenarnya, saya tak takut pada setiap ugutan itu,” katanya dalam video yang tular.

Artikel berkaitan: “Mungkin ada yang kecewa” – Ardell Aryana Beri ‘Hint’ Bakal Umum Misi Seterusnya Malam Ini

Artikel berkaitan: “Mungkin rajin live, SOS ramai ikut” – Anak Ardell Dijadikan Bahan Ug*tan Tentera Isr*el

Tambah Ardell lagi, setiap kecaman yang diterimanya sudah tidak memberi kesan, malah dia juga mengakui masih diuji dengan pelbagai dugaan sekarang.

Orang nak kecam? Sebenarnya dah tak bagi apa-apa kesan untuk saya. Saya masih ada lagi beberapa ujian yang sedang saya lalui. 

“Cuma saya terfikir, berapa orang bayar korang ini untuk tahu lokasi saya. Sampai tahap macam itu sekali korang nak tahu,” katanya.

@cyberjayaviral

Ardell dalam proses nak sembuh namun kita doakan dia selamat #ardellaryana

♬ original sound – Cyberjayaviral – Cyberjayaviral

Sebelum ini, suami Ardell, Nadzmi Adhwa pernah mendedahkan bahawa ahli keluarganya kini diperhatikan oleh golongan yang dilabel tali barut Israel yang berada di Malaysia.

Nadzmi juga mengatakan yang dia berasa sedikit bimbang apabila mendakwa pergerakannya dan anak-anak sedang diperhatikan.

3548846

Sebagai info, Ardell Aryana merupakan salah seorang daripada 23 peserta dari Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF bagi menghantar bantuan kepada penduduk Palestin.

Namun misinya tidak kesampaian apabila bot yang dinaiki dipintas tentera rejim Zionis dan kesemua aktivis ditahan sebelum dibebaskan dan selamat tiba di Malaysia pada 6 Oktober lalu.

Sumber: mStar, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.