Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, bersyukur kerana kini sudah dibenarkan keluar dari Hospital Tapah hari ini selepas menerima rawatan selama 3 hari di hospital berkenaan.
Jaslinda dilihat keluar dari wad perempuan pada jam 1.50 petang dalam keadaan bertongkat dan kaki kiri berbalut.
Artikel berkaitan: “Orang mudah menghukum tanpa tahu cerita…” – Terkesan Dengan Komen Netizen, Kakak Jaslinda Saludin Buka Mulut
Artikel berkaitan: Jaslinda Semakin Bertenaga, Ceria & Selera Makin Bertambah – Kakak
Dalam pada itu, beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan keselamatannya sepanjang tempoh beliau dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih.

“Alhamdulillah saya sihat. Terima kasih banyak kepada rakyat Malaysia kerana mendoakan keselamatan saya. Selepas ini saya nak balik rumah, berehat dulu.”
Di samping itu, Jaslinda ada juga memaklumkan bahawa beliau bakal memberikan penjelasan lanjut berhubung dengan beberapa dakwaan yang tular, namun meminta agar diberikan ruang untuk berehat terlebih dahulu.

“Kenyataan saya kemudian akan saya beritahu. Apa yang didengar itu semua fitnah, nanti saya bagi kenyataan saya.”
Sebelum ini kakak kepada Jaslinda iaitu Jasima ada kongsikan perkembangan adiknya itu semenjak ditemui. Jaslinda dikatakan semakin ceria dan selera makan juga sudah mula bertambah.
Sumber : Sinar Harian

10 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















