feature image 13

Seorang anggota trafik yang sedang bertugas mengiringi delegasi ASEAN dilaporkan telah mengalami kecederaan patah kaki apabila mangsa yang berusia 35 tahun dilanggar oleh sebuah kereta pacuan empat roda semalam.

Menurut Harian Metro, kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 22.3 susur keluar Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Dengkil arah utara Lebuhraya Elite.

Ketika kejadian, mangsa yang merupakan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) berpangkat Koperal sedang mengiringi delegasi antarabangsa bersempana dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 sekitar jam 1 tengah hari semalam.

anggota trafik ASEAN

Artikel berkaitan: Perdana Menteri Thailand Batal Lawatan ke Sidang Kemuncak ASEAN Selepas Pemergian Permaisuri Sirikit

Artikel berkaitan: Presiden AS, Donald Trump Dijadual Tiba Di Malaysia Esok Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

Mangsa yang mengalami kecederaan pada kaki, lutut dan pergelangan tangan kemudiannya telah dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk dirawat oleh pakar perubatan.

Semalam, tular di media sosial video kejadian tersebut.

Difahamkan, punca kemalangan itu masih lagi dalam siasatan.

anggota trafik

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.