Seorang anak meluahkan rasa sebak apabila ramai bekas rakan sekerja arwah bapanya mengimbau memori bekerja bersama semasa arwah bapanya bertugas sebagai anak kapal.
Menerusi Threads, individu yang dikenali sebagai Junaidi Zubaidi ada kongsikan koleksi foto arwah bapanya dan bertanyakan jika ada mana-mana pengguna media sosial tersebut yang bekerja dalam sektor penerbangan mengenali arwah bapanya atau tidak.
Artikel berkaitan: “Helmet saya beli dengan arwah bapa” – Wanita Rayu Pencuri Di Stesen Minyak Pulangkan Topi Keledar
Artikel berkaitan: “Kalau ayah saya ada mesti dia bangga” – Terima Gelaran Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Teringat Arwah Bapa
“Ada anyone kenal arwah my dad tak? nama dia Captain Muhamad Ihsan or Capt John. Fly 777 and then Captain 737 and then jadi instructor for a while and passed away 2019. Dia kelakar macam saya tak?”

Tanpa diduga, ramai pekerja bidang penerbangan tampil memberikan respon di ruangan komen mengakui bahawa mereka mengenali arwah bapa Junaidi ini. Majoriti menceritakan sikap baik dan perwatakan ceria arwah bapanya bersama rakan sekerja yang lain.
Dalam ruangan komen tersebut, mereka menceritakan bahawa arwah bapanya ini seorang yang suka bercakap, lucu dan bersikap baik serta suka membantu. Malah, ramai yang menceritakan kebaikan arwah semasa berkhidmat sebagai anak kapal.

Jelas pemuda berusia 22 tahun itu kepada Lobak Merah, hatinya mula terdetik untuk membuat hantaran sebegitu selepas anak kedua daripada tiga beradik ini selesai menjalani temuduga sebagai seorang krew di sebuat syarikat penerbangan beberapa hari lepas.
Malah, Junaidi yang baru sahaja mempunyai akaun Threads mendapati bahawa ramai juga krew penerbangan dalam platform tersebut. Bagi melepaskan rindu terhadap arwah bapa yang hari ulang tahunnya sudah hampir, Junaidi mencuba nasib jika ada mana-mana krew penerbangan mengenali arwah bapanya.

“Saya cuma pergi interview cabin crew tempoh hari dan buat Threads pertama saya, kemudian perasan eh banyaknya cabin crew kat Threads jadi terdetik nak tanya kalau ada yang kenal dengan arwah bapa dan lagi pun hari ulang tahun arwah bapa (12 Jun) dah dekat, saya rindu.”
“Sangat bersyukur kepad Allah, Threads ini menyambungkan saya dengan krew yang kenal arwah.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut sebak apabila membaca komen-komen daripada bekas rakan sekerja dan anggap ia sebagai satu peringatan untuk terus berbuat baik kepada orang ramai.
Menurut Junaidi, dia sendiri tidak mampu membalas komen dan menahan air mata apabila membaca sumbangan arwah bapanya kepada rakan sekerja yang lain. Tambah Junaidi lagi, dia memohon agar orang ramai dapat mendoakan arwah bapanya. Al-Fatihah.
Sumber : Threads

8 hours ago
10






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















