Ft Peguam Banting

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S Vijeswari Devi yang mewakili suspek berumur 15 tahun dalam kes tikam pelajar memaklumkan bahawa anak guamnya merupakan orang kurang upaya (OKU) dan seorang autistik.

Artikel berkaitan: Remaja Dipercayai Alami Lebih 10 T*kaman, Berikut Kronologi Kes T*kam Di Sekolah Banting

Artikel berkaitan: Kejadian Temb*kan Di Banting, Seorang Lelaki Maut Ketika Makan Di Restoran

“Anak guam saya adalah autistik. Itu sahaja yang boleh saya katakan.”

Sebelum ini, suspek yang berusia 15 tahun itu telah direman selama 4 hari bermula Selasa untuk membantu siasatan kes berkenaan. Perintah reman tersebut telah dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi, mengesahkan bahawa tempoh reman selama 4 hari tersebut memaklumkan bahawa siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

Screenshot 2026 07 07 111110

Menurut Sinar Harian, difahamkan suspek telah dibawa masuk ke kawasan mahkamah kira-kira jam 8.10 pagi dengan menaiki kenderaan polis sebelum dibawa keluar kira-kira jam 9 pagi.

Sebelum ini, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dilaporkan cedera selepas ditikam pada beberapa bahagian badan dalam insiden mengerikan itu. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Screenshot 2026 07 07 111547 1

Suspek dikatakan masuk ke kawasan kantin menerusi laluan arah surau sebelum kejadian berlaku. Suspek yang memakai kemeja T hitam itu difahamkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu dan sedang menjalani rawatan kesihatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.