Syaz Ft 2026 05 13T165733.083

Pelawak dan usahawan, Amir Raja Lawak sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas berkongsi pengalamannya mencari pendapatan sampingan dengan menjual barangan terpakai di pusat kitar semula, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya berada di sebuah pusat besi buruk dengan hasil jualan berjumlah RM18.

Artikel berkaitan: “Kalau lah saya” – Amir Raja Lawak Kongsi Kisah Hidup, Hampir Bekerja Di Hospital

Artikel berkaitan: “Ini soal hidup & m*ti abah saya” –  Amir Raja Lawak Gesa Stesen TV Terkenal Segera Bayar Tunggakan Hutang RM18,000

Tegur Sikap Individu Suka Minta Sumbangan

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah kapsyen “pedas” yang ditujukan kepada individu yang sering menghantar mesej peribadi (inbox) kepadanya semata-mata untuk meminta sumbangan wang ringgit.

Amir mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang memberi pelbagai alasan seperti masalah pengangkutan untuk bekerja, namun tidak mahu berusaha mencari alternatif lain yang lebih mudah.

“Yang duk inbox mintak sumbangan nak beli susu anak, laki tak boleh gi kerja sebab motor rosak tu tak cuba ke kutip tin, kutip kotak, cari besi untuk jual?” soalnya.

Tegas pemenang tempat ketiga program Raja Lawak musim ketiga ini, mencari rezeki dengan cara mengumpul barang kitar semula bukanlah sesuatu yang memalukan berbanding meminta-minta tanpa usaha.

Beliau turut mengingatkan bahawa meskipun setiap orang mempunyai tahap kesukaran hidup yang berbeza, namun usaha tetap perlu diutamakan selagi mempunyai kudrat.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.