Syaz Ft 2026 06 08T162908.692

Hangat di media sosial apabila Sarah Yasmine memuat naik siri luahan pedas mendedahkan dirinya dan pelakon Niezam Zaidi telah menjadi mangsa ‘trap’ (perangkap) oleh pelakon wanita, Fify Azmi menerusi hantaran.

Menerusi Threads miliknya, Sarah kesal dituduh menjadi punca keretakan hubungan mereka sedangkan dia berkali-kali menegaskan hubungannya dengan Niezam hanya kawan biasa. Malah, Sarah sanggup menjadi pendengar setia Fify dan menyekat (block) Niezam demi menjaga hati wanita itu.

Artikel berkaitan: “Kalau kau tak clearkan nama aku…” – Sarah Yasmine Beri ‘Amaran’ Kepada Fify Azmi, Dedah DM Sebenar?

Artikel berkaitan: “Saya jenis tahu malu, bukan spesis Ruhainies” – Sarah Yasmine Dah Tak Mahu Berhubungan Dengan Suami Orang

“You forced me to be w niezam. It was my fault to still want to make you feel at peace by being your listening ear. i even blocked him everywhere to make you feel better,” tulisnya.

Lebih mengejutkan, Sarah mendedahkan dia sebenarnya pernah cuba membantu Niezam untuk memenangi semula hati Fify. Namun, dia terkilan apabila Fify didakwa memanipulasi keadaan dan memuat naik gambar perbualan Sarah tanpa izin.

“Cakap ada chats perempuan lain juga tapi post aku sorang & dp aku sekali sedangkan aku dah cakap jangan & kau agree,” tulisnya.

Kemarahan Sarah memuncak apabila mendakwa Fify sengaja bermain taktik kotor dengan mengarkib (archive) dan mengaktifkan semula hantaran semata-mata demi meraih perhatian (attention). Dia turut menegaskan telah memberi amaran awal kepada Niezam mengenai perkara ini.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.