feature image 10

Buat pertama kalinya, serangga nyamuk telah ditemui dan dikesan di negara sejuk Iceland baru-baru ini.

Penemuan ini sangat mengejutkan penduduk di sana kerana sebelum ini, Iceland dan Antartica merupakan dua zon yang bebas daripada nyamuk kerana cuacanya yang terlalu sejuk.

Difahamkan, iklim yang sejuk dan kekurangan air yang bertakung di Iceland itu menyebabkan serangga itu sukar untuk membiak di negara berkenaan, lapor BBC.

Namun, penemuan nyamuk di Iceland baru-baru ini difahamkan telah disebabkan oleh pemanasan global.

nyamuk ditemui di IcelandGambar Sekadar Hiasan

Artikel Berkaitan: Tak Sangka Minyak Petrol Malaysia Sangat Murah, Ini 5 Negara Dengan Harga Petrol Tinggi

Artikel Berkaitan: Kajian Dedah 8 Negara Yang Paling Selamat Untuk Didiami Jika Perang Dunia Ketiga Berlaku

Ini kerana tahun ini negara itu telah beberapa kali memecahkan rekod suhu tinggi.

nyamuk dikesan di IcelandGambar Hiasan

Difahamkan, lazimnya, Iceland jarang-jarang sekali mengalami suhu tinggi lebih 20 darjah Celcius ketika bulan Mei namun pada Mei lalu, difahamkan suhu di situ telah mencecah sehingga 26.6 darjah Celcius.

Menurut Bjorn Hjaltasaon yang merupakan seorang peminat serangga, nyamuk yang dikesan olehnya di Icelanda itu merupakan nyamuk dari spesies Culiseta annulata, iaitu spesies nyamuk yang mampu bertahan dalam iklim dan cuaca sejuk.

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.