4maut

Seorang lelaki berusia 50 tahun dilaporkan meninggal dunia beberapa jam selepas menjalani pembedahan kosmetik membesarkan alat sulit di sebuah klinik estetik di daerah Zhongshan, pada 17 September lalu. Prosedur itu difahamkan menelan kos lebih NT$400,000 (bersamaan kira-kira RM56,000).

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang diberi bius sekitar jam 9 pagi menjalani pembedahan hingga selesai sebelum tengah hari. Namun, keadaannya merosot ketika berada di bilik pemulihan. Pemeriksaan sekitar jam 7 malam mendapati dia tidak lagi bernafas. Pasukan paramedik yang tiba kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Screenshot 2025 09 20 at 4.00.15 PMGambar Hiasan

Insiden mengejutkan itu menggemparkan ahli keluarga yang bergegas ke klinik berkenaan sebaik dimaklumkan. Saudara terdekat dilapor mempersoalkan sama ada prosedur keselamatan dipatuhi sepenuhnya serta kesesuaian fasiliti tersebut untuk menjalankan pembedahan berisiko.

Susulan kejadian, pihak polis menahan pakar bedah yang mengendalikan prosedur itu. Doktor terbabit sebelum ini pernah disabitkan kesalahan dalam satu kes pembedahan lain yang turut meragut nyawa.

Pihak berkuasa memaklumkan, bedah siasat akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian lelaki tersebut. Siasatan lanjut masih dijalankan terhadap klinik dan pakar bedah terbabit.

Baca: Alami Kecederaan Otak Lepas Bertarung, 2 Petinju Jepun Meninggal Dunia

Screenshot 2025 09 20 at 4.00.32 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.