2 Penduduk Singapura Jalani Ujian Saringan Hantavirus, Sekurang-kurangnya 8 Kes Dikesan Setakat Ini

8 hours ago 8

Nampaknya dunia perubatan kembali kecoh apabila dua penduduk Singapura dilaporkan terpaksa diasingkan di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Mana tidaknya, mereka berdua dikhuatiri terkena jangkitan Hantavirus Andes selepas pulang daripada percutian menaiki sebuah kapal persiaran!

Bermula Dari Kapal Persiaran MV Hondius

Memetik laporan daripada The Straits Times, kedua-dua individu ini merupakan sebahagian daripada penumpang kapal persiaran MV Hondius yang berlayar dari pelabuhan Ushuaia di Argentina pada 1 April 2026 yang lalu.

Apa yang lebih membimbangkan, kapal tersebut kemudiannya melaporkan penularan wabak Hantavirus Andes yang agak serius.

  • Individu 1: Warga Singapura (67 tahun), tiba di tanah air pada 2 Mei.
  • Individu 2: Penduduk Tetap (65 tahun), baru saja sampai kelmarin (6 Mei).

Siasatan mendapati kedua-dua lelaki ini bukan sahaja berada di atas kapal yang sama, malah mereka menaiki penerbangan yang sama dengan seorang pesakit Hantavirus yang sudah disahkan bagi laluan dari St Helena ke Johannesburg pada 25 April.

Menurut Agensi Penyakit Berjangkit (CDA), pesakit yang disahkan positif itu bagaimanapun telah pun meninggal dunia di Afrika Selatan dan tidak sempat menjejakkan kaki ke Singapura.

8 Kes Dikesan, 3 Meninggal Dunia

Cats 3Gambar hiasan

Setakat semalam, sebanyak lapan kes telah dikaitkan dengan kapal tersebut di mana tiga daripadanya telah pun maut.

Buat masa ini, salah seorang penduduk Singapura tersebut dilaporkan hanya mengalami selesema biasa, manakala seorang lagi langsung tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik). Walaupun begitu, keputusan ujian saringan mereka masih belum diperolehi.

Kena Kuarantin 30 Hari Walaupun Keputusan Negatif?

Pihak CDA bagaimanapun tidak mengambil mudah isu ini, jika keputusan ujian mereka keluar negatif sekalipun, mereka tetap perlu menjalani kuarantin selama 30 hari dari tarikh terakhir terdedah kepada virus.

“Ini kerana sebahagian besar kes Hantavirus dijangka mula menunjukkan gejala dalam tempoh berkenaan,” katanya.

Jika disahkan positif, mereka akan terus dipantau di hospital kerana jangkitan ini boleh menjadi sangat serius dan membawa maut.

Walaupun berita ini kedengaran agak menakutkan, CDA dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa risiko kepada populasi global dan orang awam di Singapura buat masa ini adalah rendah.

So far, eight cases of #hantavirus have been reported, including three deaths.

While this is a serious incident, @WHO assesses the public health risk as low.

WHO will continue to work with all relevant governments and partners to provide care for those who are affected, protect… pic.twitter.com/NEBHXrqurT

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) May 7, 2026

Sumber: Straits Times, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |