“100 baik masuk themepark”- Ramai Didakwa Tak Puas Hati Harga Tiket Lantern Festival Cherating Sampai Organiser Terpaksa Tukar Saat Akhir?

12 hours ago 4

Sempena Hari Malaysia ini terdapat pelbagai acara menarik yang dianjurkan. Aktiviti hujung minggu ini juga bukan hanya terdapat di sekitar Kuala Lumpur, tetapi juga di seluruh Malaysia.

Antara acara yang mencuri perhatian di Cherating hujung minggu lalu ialah Lantern Festival Cherating.

Acara ini merupakan acara tahunan sewaktu bulan April hingga September namun edisi kali ini mencetuskan kontroversi apabila mendapat kecaman hebat daripada pengunjung dan warganet.

Seorang wanita tampil memuat naik sebuah video memaparkan perbualannya bersama penganjur acara Lantern Festival Cherating itu.

Untuk video penuh sila tonton di bawah.

@duwimommyBAD EXPERIENCE AT CHERATING LANTERN FESTIVAL♬ original sound – Masyi

Artikel Berkaitan: “Nak buat apa?” – Tular Video Individu Angkat Penyu Mendarat Untuk Bertelur Di Pantai Cherating

Untuk makluman, Lantern Festival Cherating berlangsung selama dua hari dengan acara kemuncak, ‘Lantern Night’, yang dijadualkan pada hari kedua. Ekoran ini, ramai pengunjung meluahkan rasa tidak puas hati kerana tiada pilihan pembelian tiket harian yang lebih fleksibel.

Antaranya seperti seorang wanita yang tampil memuat naik sebuah video memaparkan perbualannya bersama penganjur acara Lantern Festival Cherating itu.

Di dalam video tersebut, wanita ini mengulas tentang ketidakpuasan hatinya kerana mendakwa telah membayar harga tiket penuh berjumlah RM100 untuk 2 hari, sebelum mendapat tahu bahawa penganjur telah membuat promosi saat akhir dengan membuka jualan tiket harian sebanyak RM50 sehari.

Screenshot 2025 09 16 132025 1

Wanita itu menegaskan kepada penganjur, tindakan mereka mengubah harga tiket pada saat akhir itu sangat tidak adil untuk pengunjung yang sudah membayar harga tiket penuh.

Tindakan kru dan penganjur yang memberi respon kurang sopan dalam video tersebut mencetuskan kecaman hebat warganet. Mereka turut mengakui bahawa pertukaran harga tiket itu hanya diputuskan secara mengejut pada hari acara berlangsung.

gambar

Di dalam video itu juga ada menyebut bahawa harga RM100 untuk acara 2 hari sangat tidak berbaloi, kerana harga tiket seakan sama dengan harga tiket untuk pass 1 hari untuk ke taman tema.

Di akhir video itu, wanita itu menunjukkan situasi di mana dia tidak dibenarkan masuk oleh pengawal acara kerana tindakannya membuat aduan tentang harga tiket kepada kru yang bertugas.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang tidak setuju dengan tindakan penganjur.

Screenshot 2025 09 16 133215

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |