Sedia maklum, Malaysia menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menyertai misi kemanusiaan serta membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa susulan gempa bumi yang melanda di Myanmar, baru-baru ini.
Difahamkan, seramai 50 anggota dan pegawai SMART serta pasukan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke negara berkenaan bagi operasi SAR pada 30 Mac lepas.
Artikel berkaitan: Warga Malaysia Jadi Hero, Pikul Warga Emas Turun 40 Tingkat Ketika Gempa Bumi
Artikel berkaitan: Pakar Risau Kemungkinan Empangan Di Myanmar Pecah Selepas Gempa Bumi
Warga Myanmar rai kepulangan anggota SMART
Terhutang budi dengan jasa dan pengorbanan pasukan SMART, sekumpulan warga Myanmar yang berada di sini meraikan kepulangan mereka di Subang, semalam.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, sekumpulan warga Myanmar begitu teruja dengan melaungkan berkali-kali ucapan terima kasih kepada pasukan SMART ketika mereka menunggu di luar Lapangan Terbang Subang.
Dalam video itu, dapat dilihat mereka menghadiahkan jambangan bunga dan membawa sepanduk ucapan terima kasih untuk pasukan SMART.
@rdz140sampai dia cium kepala aku hahah
♬ Tentang Perasaanku – Kausa Sendu
Ketika seorang anggota SMART sibuk merakam momen itu, tiba-tiba seorang wanita Myanmar meluru ke arahnya lalu mencium dahi anggota berkenaan sebagai tanda terima kasih.
Memetik laporan media, pasukan SMART berjaya mengeluarkan tujuh mangsa termasuk seorang yang masih hidup di bawah runtuhan gempa bumi di Daerah Sagaing.
Terharu min tengok. Terima kasih SMART Malaysia!
Sumber: TikTok, Malaysia Gazette