Syaz Ft 2026 02 10T171433.604

Hasrat seorang pekerja kilang untuk bergelar bapa buat kali pertama hancur berkecai apabila isteri tercinta yang sedang hamil tiga bulan maut dalam satu kebakaran tragis di Jalan Tenang 14, Taman Damai Jaya, awal pagi tadi. Mangsa, Wan Norhairani Wan Norzaini, 21, ditemui tidak bernyawa bersama seorang rakan mereka, Mohd. Shahrizal Yap, 22, yang turut terperangkap di tingkat atas rumah berkenaan.

Suami mangsa, Irfan Ibrahim, 24, hanya mengetahui kejadian tersebut melalui panggilan keluarga kira-kira jam 6 pagi ketika beliau sedang bertugas syif malam di sebuah kilang di Gelang Patah.

Sebaik tiba di lokasi, kepulangan beliau disambut dengan pemandangan pilu apabila mendapati api sudah pun dipadamkan manakala isteri dan rakannya disahkan telah meninggal dunia.

Artikel berkaitan: Rumah Terbakar Di Umbai: Isteri Sempat Kejut Suami Sebelum Rentung

Artikel berkaitan: “Tinggalkan 2 anak, isteri mengandung” –  Lelaki 35 Tahun M*ut Ketika Main Badminton

Menurut Irfan, arwah isterinya dijangka melahirkan anak sulung mereka pada Ogos depan selepas dua tahun mereka mendirikan rumah tangga. Walaupun perit untuk ditelan, beliau menyatakan rasa reda dengan ketentuan Ilahi yang menjemput isterinya bersama kandungan tersebut.

Dalam masa sama, rakan mereka yang berasal dari Sarawak itu baru sahaja menumpang di rumah berkenaan selama dua bulan atas dasar ihsan kerana tidak mempunyai pekerjaan dan tempat tinggal.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai memaklumkan punca kematian dipercayai akibat mangsa gagal menyelamatkan diri setelah terhidu asap tebal dalam kejadian yang bermula sekitar jam 5.28 pagi itu.

Berita hiba ini turut mengundang simpati yang mendalam dalam kalangan netizen di media sosial. Rata-rata warga maya menzahirkan rasa sedih dan sebak atas kehilangan dua nyawa sekaligus, lebih-lebih lagi apabila memikirkan impian pasangan itu untuk menimang cahaya mata yang kini tidak kesampaian.

Cats 9

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.