Nasib yang menimpa pelakon Azar Azmi turut mendapat perhatian dan simpati daripada usahawan sensasi Datuk Seri Vida.
Menerusi perkongsian di platform TikTok, Vida memberi kejutan kepada Azar dengan menghadiahkan satu set iPhone 17 Pro Max selepas mendapati telefon pelakon itu retak seribu, malah peranti itu juga diketahui dipinjam daripada kenalan.
Dalam hantaran itu, Vida menyatakan tujuan dia membelikan telefon baharu tersebut untuk memudahkan Azar menjalankan bisnes dalam talian bagi menjana pendapatan.
“Kenapa saya nak belikan telefon untuk dia? Sebab masa live dengan saya, saya tengok telefon dia memang retak teruk. Telefon yang dia pakai pun pinjam.
“Saya terus rasa nak hadiahkan dia telefon baharu. Saya nak mudahkan kerja dia dengan ada telefon baharu. Saya siap pilih case yang mahal.
“Saya pilih iPhone 17 Pro Max 512GB supaya senang dia buat kerja. Saya pilih apa yang saya suka untuk bagi dekat Azar,” katanya.
@datoserividaofficialRezeki buat Azar Azmi. Saya kesian sebab dia pinjam phone dengan orang. Sebab dah lama takde handphone. Saya hadiahkan handphone baru untuk Azar. Semoga lebih mudahkan urusan Azar lepas ni . Amin 🤲🏻 #fyppppppppppppppppppppppp #berandatiktok #berandafyp #viralvideo #viral
♬ suara asli – GHOST MASTER CHEF
Artikel berkaitan: “Untuk kemaafan, belum ada” – DSV Kecewa, Kongsi Keperitan Fizikal & Emosi Lepas Lalui Proses ‘Freeze’ Telur
Artikel berkaitan: Azar Azmi Tepis Dakwaan Punca Suami & Bekas Isteri Berpisah, Perjelas Tak Jaga Anak Tiri
Menurut Vida, sepanjang proses pembelian telefon tersebut, Azar langsung tidak mengetahui mengenainya kerana dia hanya berpakat dengan pengurus pelakon itu.
Dapat dilihat, Azar memberikan reaksi terkejut dan seakan tidak percaya dengan hadiah yang diterimanya.
Dalam pada itu, Vida berharap hadiah tersebut dapat menggandakan semangat Azar untuk bangkit dan maju ke hadapan.
Sumber: TikTok

8 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)









![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)








