Hasil Ft

Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) mempergiat usaha pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menerusi Karnival PMKS dan e-Invois yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20 hingga 21 April 2026.

Bersempena Sambutan Hari HASiL ke-30, program itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB Liew Chin Tong, dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan institusi kewangan.

Whatsapp Image 2026 04 20 At 15.26.41

Karnival ini menjadi platform sehenti yang menghubungkan PMKS dengan lebih 20 agensi terlibat bagi memperluas akses kepada digitalisasi, pembiayaan dan peluang pasaran baharu.

Whatsapp Image 2026 04 20 At 15.26.42 1

Tumpuan turut diberikan kepada pelaksanaan e-Invois yang dilihat sebagai langkah penting dalam meningkatkan kecekapan operasi, ketelusan kewangan serta pengurusan aliran tunai perniagaan.

Artikel berkaitan: Pejabat LHDN Shah Alam Mula Beroperasi Di Menara HASiL 1 April

Artikel berkaitan: “Bayar tax ni memang sampai m*ti” – Che Ta Dedah Dah Bayar Cukai LHDN RM50,000

Whatsapp Image 2026 04 20 At 15.26.42

Sepanjang karnival berlangsung, PMKS didedahkan kepada sesi latihan, khidmat nasihat serta penyelesaian digital, selain turut disertai lebih 30 usahawan dan reruai utama HASiL yang menawarkan perkhidmatan terus kepada pengunjung.

HASiL turut menyediakan pelbagai saluran bantuan e-Invois termasuk: 

Sumber: HASiL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.