Seperti yang kita sedia maklum, misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) kini sedang berlayar untuk menuju ke Gaza, sudah semestinya ramai yang mendoakan perjuangan semua peserta dengan harapan mereka akan menjejakkan kaki di bumi Palestin.
Bagaimanapun, timbul dakwaan kurang enak apabila ada netizen dikatakan cuba membuat satu spekulasi buruk terhadap peserta-peserta yang terlibat. Dalam satu hantaran yang telah dipadamkan, individu itu mendakwa setiap peserta yang terlibat dalam misi GSF itu menerima wang sebanyak RM40,000.
Artikel berkaitan: Hampir 40 Rakyat Malaysia Sertai GSF 2.0, Angkat Peranan Negara Ke Tahap Lebih Tinggi
Artikel berkaitan: PU Rahmat Buka Soalan Berkaitan Sumud 2.0, Perjelas Kenapa Ada Wajah Peserta Terpaksa Dirahsiakan
Dapat duit RM40,000?
Terpanggil dengan dakwaan itu, salah seorang peserta GSF 2.0 iaitu Ahmad Faezal tampil memberikan respon sinis terhadap posting individu berkenaan.
Ahmad Faezal bertanyakan di mana caranya untuk dia mendapatkan wang tersebut dan dia juga sudi kongsikan 10% daripada wang itu kepada individu berkenaan.

Walaupun telah hantaran itu telah dipadam, Ahmad Faezal sempat mengambil tangkap layar perkongsian tersebut dan menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mendesak agar individu itu kemukakan bukti yang peserta GSF 2.0 ada menerima wang berkenaan.

Sekadar info, pergerakan Global Sumud Flotilla kini telah mengaktifkan sistem penjejak masa nyata (live tracker) bagi membolehkan orang awam memantau pergerakan misi tersebut.
Selain itu, ia boleh meningkatkan tahap ketelusan dan akauntabiliti kepada orang ramai di seluruh dunia terhadap misi mereka.

5 hours ago
4































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)









![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)








