syaz ft 2025 02 05T120042.804

Sebuah video tular di media sosial semalam memaparkan sebuah kereta jenis Honda WRV nyaris terjatuh dari parkir bertingkat Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang.

Video pendek yang memaparkan situasi cemas itu menarik perhatian netizen dengan rata-rata risau tentang pemandu kenderaan berkenaan.

Artikel berkaitan: 2 Tayar Sebuah Kereta Honda Dicuri Ketika Diparkir Di Tempat Letak Kereta Berbayar

Artikel berkaitan: Individu Berang Jiran Selamba Parkir Depan Rumah Tapi Rumah Sendiri Letak Batu

A car reportedly ‘over parked’ when it overshot and broke the barrier wall at the Serdang Hospital, in Selangor, multi-storey car park.

Luckily, except for two cars that were hit by fallen debris, there were no injuries or fatalities reported.

-vidpixspublic pic.twitter.com/Q56DZWWLGB

— Kuala Lumpur Reporter 🇲🇾 (@KL_Reporter) February 4, 2025

Terbaru, Pengarah (HSIS) Dr. Farique Rizal Abdul Hamid berkata, pemandu berusia 40 tahun itu difahamkan mengalami sakit dada secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan ke atas kenderaan dan merempuh dinding parkir berkenaan.

“Impak pelanggaran tersebut menyebabkan tembok dinding tempat letak kereta runtuh dan menimpa sebuah kenderaan lain yang sedang bergerak di jalan utama berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Farique Rizal turut berkongsi, pemandu tersebut bersama tiga penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan.

Tambahnya, kes sedang disiasat lebih lanjut oleh Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila sebuah kereta Honda WRV nyaris terjatuh dari tingkat dua tempat letak kereta Pusat Jantung HSIS selepas merempuh dinding bangunan itu kira-kira jam 1.20 petang semalam.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.