Berikutan dengan kenyataan sinis daripada selebriti Abby Abadi sejak kebelakangan ini, menantunya Aslam tampil memberikan respon dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.
Bahkan, Aslam juga ada memberikan pendapatnya yang seolah-olah memberikan kenyataan balas terhadap segala persoalan dan pertikaian yang terjadi.
Artikel berkaitan : “Nak tanggung diri pun sedih, apatah lagi anak orang” – Abby Abadi Bahas Isu Poligami
Artikel berkaitan : “Kenapa tak suruh Aslam minta maaf kat saya? ” – Abby Abadi Respon Netizen Yang Suruh Dia Minta Maaf Pada Umisya
Menerusi Thread yang dimuat baru-baru ini, Aslam yang memilih untuk berdiam diri kerana mengaku bersalah terhadap apa yang terjadi akhirnya tampil bersuara bagi mengelakkan perkara ini untuk jadi lebih besar.
Kata Aslam, dia pernah meminta maaf kepada kedua-dua ibu mentuanya, namun atas perminataan ibu mentuanya keduanya iaitu Abby Abadi, Aslam sekali lagi membuat permohonan maaf secara terbuka dan akui tindakan yang dia lakukan ini adalah satu perkara yang berat.
Akui bahawa memilih untuk berpoligami, Aslam juga mengaku bahawa silapnya bertindak berkahwin secara senyap. Namun begitu, tindakan tersebut dilakukan kerana keadaan yang mendorongnya melakukan perkara tersebut.
Sedar akan risiko dan beban yang bakal dia hadapi, Aslam menegaskan bahawa dia juga tahu untuk galas tanggungjawab daripada terus mainkan perasaan dan masa depan orang lain bahkan dia galas tanggungjawab dengan sepenuhnya terhadap kedua-dua isterinya.
Kata Aslam, dia akan cuba sebaik mungkin untuk berlaku adil. Pun begitu, berkenaan dengan pandangan yang menentang poligami, Aslam menyatakan yang dia hormat dengan pandangan tersebut. bagaimanapun, pandangan yang berbentuk sindiran itu baginya dianggap sebagai satu serangan peribadi.
Bagi Aslam, adalah lebih baik untuk memperbaiki hubungan daripada terus menyindir. Malah, jelas Aslam, sebagai ibu bapa atau orang yang lebih tua, cara yang paling mulia adalah menasihati secara tertutup berbanding dengan menjaja cerita hingga menimbulkan fitnah. Katanya lagi, dia tidak meminta untuk difahami tapi cukup sekadar dihormati kerana Tuhan yang menilai baik buruk seseorang.
Dalam pada itu, isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan turut tampil memberikan respon berkenaan dengan isu ini dari segi 3 aspek daripada isu yang timbul.
Katanya, dia tidak tahu menahu mengenai isu yang terjadi kerana dia telah disekat oleh ibu mentua Aslam dan anaknya selain menegaskan tidak masuk campur. Boleh rujuk hantaran Umisya di bawah.
Sebelum ini, hantaran Abby Abadi jadi tumpuan kerana memberikan kenyataan pedas terhadap menantu dan isteri pertamanya. Ia dikatakan ada netizen meminta bekas anggota Kumpulan Elite itu untuk memohon maaf kepada isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan.
Jadi, Abby menegaskan bahawa sebaliknya Aslam yang patut memohon maaf kepadanya. Tidak cukup dengan itu, Abby Abadi ada memberikan satu pandangan sarkastik terhadap individu yang hidup berpoligami.
Sumber : Thread Aslam, Umisya Mazlan