zahnita kes syariah mahkamah

Isu rumah tangga melibatkan model dan usahawan, Zahnita Wilson dengan suami, Abdul Zackery Ghouse boleh dikatakan masih tiada penyelesaian dan belum bertemu titik noktahnya.

Ia susulan sebutan bagi tiga kes syariah mereka iaitu permohonan cerai, perintah injunksi terhadap gangguan dan tuntutan hadanah atau hak lawatan serta hak bermalam terhadap anak-anak telah dibawa ke tarikh baru.

Menurut mStar, Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Borhan Hussin memerintah pasangan ini untuk memfailkan dokumen hujahan untuk permohonan perintah injunksi pada 25 April ini, manakala 24 Julai depan pula bagi pengurusan kes hadanah.

3089444

Artikel berkaitan: Susulan Dituduh Menipu Oleh Bekas Rakan Niaga, Zahnita Bakal Jawab Semua Isu Tular Di Mahkamah

Artikel berkaitan: Individu ‘Spill Tea’ Tentang Zahnita, Dakwa Bekas Model Hanya Reka Cerita?

Dalam pada itu, Zahnita dan suaminya juga telah melantik hakam keluarga bagi permohonan perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan.

Zahnita yang berusia 40 tahun telah melantik abangnya, Muhammad Julian dan Zackery, 47 diwakili sepupunya, Preves Yusof. Kes ini akan disambung semula pada 19 Mei depan.

Terdahulu, Zahnita dan Zackery telah mendirikan rumah tangga pada 2005. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.

Kita doakan yang terbaik buat mereka ya. 

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.