Mahkamah Buktikan Isteri Baim Wong Berlaku Curang, Tolak Tuntutan Nafkah RM366,000

1 day ago 12

Rumah tangga pasangan pelakon popular Indonesia Baim Wong dan Paula Verhoeven yang dibina selama 7 tahun akhirnya terlerai apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan, semalam.

Memetik laporan portal Kompas.com, Paula juga dibuktikan curang dengan kehadiran orang ketiga ketika masih bergelar isteri Baim sebelum ini.

Menurut Hakim Pengadilan Agama Jakarta Selatan, perceraian tersebut berlaku selepas Paula terbukti nusyuz, tidak menjaga kehormatan diri dan mengkhianati hubungan suami isteri.

Artikel berkaitan: “Lelaki itu rakan baik saya sendiri” – Baim Wong Dedah Punca Fail Cerai Terhadap Isteri

Artikel berkaitan: Anak Menjerit Nangis Bila Jumpa Ibu Sendiri, Baim Wong Sumpah Tak Ajar Anak Benci Isteri

“Dengan keputusan yang dibuat mahkamah, Baim hanya mampu bersyukur.

“Apa yang selama ini dinyatakan di media sejak November tahun lalu tentang isu kecurangan, semua orang tidak percaya.

“Tapi akhirnya hakim sudah memutuskan bahawa kecurangan itu wujud dan benar,” kata peguam Baim.

3268235

Susulan mahkamah mengisytiharkan Paula sebagai isteri yang nusyuz, permohonannya untuk menuntut nafkah idah dan madiah (nafkah lampau) juga ditolak.

Paula sebelum ini ada menuntut nafkah madiah sebanyak Rp100 juta atau RM26,209 setiap bulan atau Rp800 juta (RM209,672) sepanjang lapan bulan proses penceraian berlangsung.

Selain itu, Paula turut menuntut nafkah masa iddah sebanyak Rp200 juta (RM52,418) sebulan, dengan jumlah keseluruhan Rp600 (RM157,254).

Mahkamah juga menetapkan hak penjagaan anak pasangan tersebut akan diberikan secara sama rata dengan bergilir-gilir menjaga kedua-dua anak lelaki mereka selama dua minggu sekali.

Terdahulu, Baim memfailkan perceraian terhadap isterinya pada Oktober tahun lalu dengan mendakwa Paula berlaku curang.

Untuk rekod, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |