Timbalan Pendakwa Raya Dakwa Syed Saddiq Arah ‘Clearkan’ RM1 Juta, Elak Wang Disita SPRM

1 day ago 12

Pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, terus hangat apabila Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, mendakwa bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengarahkan supaya Penolong Bendahari Armada Bersatu, ‘clearkan’ RM1 juta bagi mengelak wang itu disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam hujahan itu, Syed Saddiq selaku perayu didakwa bersubahat dengan cara mengarahkan Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah.

Menurutnya, ada keterangan menunjukkan perayu mengarahkan Rafiq yang juga saksi pendakwaan ke-13 (SP13) mengeluarkan RM1 juta itu pada 6 Mac 2020.

“Menerusi perbualan telefon, perayu juga meminta SP13 untuk ‘clearkan’ wang yang disimpan dalam akaun bank parti itu, kerana khuatir wang itu akan disita oleh SPRM.”

Mahkamah diberitahu, maksud ‘clearkan’ yang dinyatakan itu ialah tidak menyimpan wang di rumah.

Artikel berkaitan: Syed Saddiq Didakwa Berniat Jahat, Gunakan Alasan ‘Manfaat Politik’ Untuk Arah Keluar RM1 Juta – Pendakwa Raya

Artikel berkaitan: Hadir Ke Mahkamah Untuk Bagi Sokongan, Syed Saddiq Anggap Bella Astillah Wanita Luar Biasa

Katanya lagi, perayu juga menyuruh wang itu dikeluarkan dari akaun Armada kerana perayu memaklumkan, wang itu adalah hasil titik peluhnya sendiri.

Pihak pendakwaan memberitahu panel tiga hakim bahawa Syed Saddiq bukan dituduh atas kes melakukan pecah amanah sebaliknya bersubahat dengan Rafiq melakukan pecah amanah.

#Putrajaya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Istana Kehakiman Putrajaya untuk menghadiri pendengaran rayuannya bagi mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram dana Armada.

Pada 9… pic.twitter.com/EjSh6H1JQP

— BERNAMA (@bernamadotcom) April 17, 2025

Susulan itu, Wan Shaharuddin menghujahkan bahawa pihak pembelaan telah memanggil semua saksi untuk membuktikan setiap pertuduhan kerana kesalahan bersubahat adalah berdasarkan arahan perayu.

Beban yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan, katanya, hanya perlu ditunjukkan berdasarkan perayu mengeluarkan arahan ke atas SP13 sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Jelasnya, tindakan perayu itu merupakan suatu jenayah dan menghujahkan Hakim Mahkamah Tinggi mensabit serta menjatuhkan hukuman berlandaskan undang-undang serta keterangan yang betul.

Tambah Wan Shaharuddin lagi, hukuman dua sebatan terhadap Syed Saddiq adalah munasabah kerana tertuduh masih muda atau tidak melebihi usia setengah abad.

Difahamkan, prosiding rayuan ini merupakan peringkat kedua pengadilan, yang mana sekiranya dia didapati kekal bersalah, Syed Saddiq masih boleh membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun jika panel hakim membenarkan rayuannya dengan mengetepikan Mahkamah Tinggi, maka dia akan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan berkenaan.

Mahkamah menetapkan tarikh lain iaitu pada 24 April hadapan bagi pengurusan kes rayuan ini.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |