Suami pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria tampil bersuara mengenai kemelut yang berlaku antara isterinya dengan anak menantu.
Faizal mendedahkan dia sudah pernah memberi amaran kepada Aslam agar tidak mengganggu anak tirinya, Marissa Dania sebelum mereka berkahwin secara senyap di Thailand.
Faizal atau lebih mesra disapa Jai juga ada mendedahkan dia pernah menampar lelaki itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut tentang butiran tindakannya sehingga terpaksa bertindak demikian.
Artikel berkaitan: “Ya saya berkahwin secara senyap, tapi…” – Aslam Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Abby Abadi
Artikel berkaitan: “Nak tanggung diri pun sedih, apatah lagi anak orang” – Abby Abadi Bahas Isu Poligami
“Aslam oh Aslam, selama ini aku diam sahaja apa kau buat. Dari awal kes kantoi aku sudah lempang kau siap warning lagi sampailah kejadian itu.”
Katanya lagi, Aslam tidak pernah memohon maaf atas perbuatannya selain menyifatkan lelaki itu sebagai individu tidak bertanggungjawab.
“Kau tu sejak kes tu tak pernah ada perkataan minta maaf pun, tak pernah datang berdepan mengaku apa kau buat.
“Yang kau tahu buat ‘macho’ seolah-olah tidak ada kesalahan. Kau memang tak ada tanggungjawab pun,” tulisnya dalam hantaran Threads.
Malah, Jai juga mengatakan segala tindakan Aslam sebelum ini tidak pernah dia lupakan.
Marissa Dania mahu selesai isu secara peribadi
Berikutan seorang demi seorang tampil mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kemelut yang berlaku di media sosial, Marissa akhirnya buka mulut mahu menyelesaikan kemelut keluarganya secara peribadi.
Marissa dalam satu kenyataan memohon maaf sekiranya apa yang berlaku menimbulkan kekecohan dan berharap netizen menghormati keputusan tersebut.
“Saya pun sama je macam kalian semua, baru dapat tahu pasal semua kenyataan petang tadi.
“Dari pihak saya, semuanya saya selesaikan secara peribadi dengan semua yang terlibat. Tiada balas-membalas dalam media sosial.
“Mohon hormati batasan kalian dalam hal ini ya. Saya minta maaf sekiranya ada khilaf atau menimbulkan salah faham,” katanya.
Terdahulu, Abby berasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada isteri pertama Aslam yang juga madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.
Bagaimanapun, Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.
Aslam kemudiannya mengaku salah dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Abby melalui media sosial.
Sumber: Threads