“Akaun FB pernah dipalsukan promosi j*di” – Terpalit Dakwaan Hina Agong, Cayson Goh Buat Laporan Polis

1 day ago 9

Pemilik Akaun Facebook, Cayson Goh semalam telah membuat laporan polis susulan dakwaan ‘dirinya’ yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui satu hantaran di FB.

Dalam laporan polis itu, Cayson menyatakan bahawa akaun FB yang memuat naik hantaran itu adalah palsu dengan menggunakan nama dan gambarnya.

491913922 10233408257522106 5859017233625171748 n

Artikel berkaitan : “Kasi kutip je mana-mana yang kurang ajar tu” Bekas Ketua Pemuda Ditahan Hina Agong Dan Permaisuri

Artikel berkaitan : 17 Jalan Sekitar KL dan Putrajaya Ditutup Sempena Lawatan Presiden China, Xi Jinping

Menurutnya, tindakan individu yang memalsukan identitinya berkemungkinan memiliki niat jahat  untuk memburukkannya dengan kenyataan yang mencemar kedaulatan Negara dan YDPA.

Dalam hantaran itu, tertera gambar Yang di-Pertuan Agong, bersama Presiden China, Xi Jinping daripada sumber berita, Oriental Daily News Malaysia, dengan status tulisan dalam bahasa Mandarin yang bermaksud;

“Yang di-Pertuan Agong yang kita hormati, di hadapan pemimpin besar China, tiba-tiba berubah menjadi seekor anjing liar. Haha…duduk ternganga melihat ‘tuan’ duduk di atas takhtanya. Inilah orang Melayu – tidak dididik, tidak pandai ~ Nah, beri tulang kepada Agong ~ Hahaha”

491727144 4084732898513218 6595243922844264354 n

Hantaran itu telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang menyifatkan ia kenyataan yang sangat biadap, dan mengharapkan individu disebaliknya segera diberkas.

Cayson turut menegaskan, akaun FB nya yang asli memiliki tanda ‘blue tick’ dan pengikut seramai 3.9 ribu orang. Namun, situasi ini bukan pertama kali berlaku. Malah, sebelum ini terdapat akaun palsu yang turut dibuat menggunakan gambar dan namanya dengan niat untuk mempromosi judi.

“Dengan ini saya ingin jelaskan dan menegaskan bahawa saya tidak pernah menghina Baginda YDP dan sebenarnya dah banyak kali orang yang tidak diketahui dan tidak bertanggungjawab gunakan gambar saya untuk sebar benda yang bukan-bukan.

Kali pertama berlaku sekitar bulan March, mereka gunakan gambar saya untuk membuka akaun FB dan gunakan AI mencipta video dengan gambar saya untuk promote web judi”

Dia turut menambah tindakan individu ‘fake’ tersebut sangat keterlaluan sehingga tahap untuk menghina Yang di-Pertuan Agong, yang sangat dihormati oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini.

“Tapi kali ni dia orang over sangat, memang biadap, sampai menggunakan gambar saya membuka akaun FB dan menghina Baginda YDP yang paling kita hormati.

Serius, saya tak faham mana datangnya keberanian dia orang nak buat benda macam ni. Polis pun dah mula siasat dan harap mereka semua ini dituduh di Mahkamah nanti”

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kenyataan yang menghina Sultan Ibrahim oleh pemilik akaun FB, Cayson Goh daripada seorang pengadu berusia 47 tahun di Kota Samarahan, Sarawak.

Hasil semakan mendapati, akaun tersebut adalah palsu.

“Siasatan akan diteruskan selepas laporan analisis risikan media sosial daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diperoleh.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya.

TIMBALANKP 1876

Dalam hantaran di FB, Cayson turut menegaskan keamanan negara perlu dipertahankan tanpa menggunakan cara yang bodoh untuk memusnahkannya.

“Tolonglah, jangan rosakkan keamanan negara kita. Kita dah lama hidup aman damai, walaupun berbilang kaum dan budaya. Jangan sebab perkara bodoh macam ni, semuanya musnah” 

Semoga pelaku dapat diberkas dengan segera, mungkin nanti dia buat untuk orang lain pula

Sumber : FB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |