kes mencuri

Semalam, tular di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang wanita bertudung ungu dipercayai telah mencuri beg dompet seorang pelanggan wanita di sebuah kedai di Pasar Siti Khadijah.

Dalam video CCTV yang tular tersebut, suspek tersebut dilihat berkelakuan agak mencurigakan.

7

Suspek kemudiannya mendekati mangsa dari belakang dan menyeluk tangannya ke dalam beg tangan wanita pelanggan wanita.

Setelah itu, suspek mengambil sebuah beg yang dipercayai dompet milik pelanggan tersebut ketika mangsa sedang memilih barangan di kedai terbabit.

Memetik laporan Harian Metro, susulan penularan video CCTV berkenaan, pihak polis kini sedang mencari suspek untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: Ketua Balai Polis Bukit Jalil Dihadapkan Ke Mahkamah, Curi RM 300K & Beg Prada

Artikel berkaitan : Pegawai Polis Didakwa Tembak Isteri Sedang Hamil Rayu Nak Lawat Kubur

Pihak polis daerah Kota Bharu meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut untuk memberi kerjasama kepada pihak polis untuk menyiasat tentang kes terbabit.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.