Ft Anwar Presiden Iran

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel yang didukung oleh Amerika Syarikat terhadap Iran serta tindakan mereka menyasarkan orang awam.

Dalam kenyaataan yang diberikan menerusi Facebook miliknya, turut dimuat naik satu video yang menunjukkan beliau sedang berhubung dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.

Artikel berkaitan: Konflik Asia Barat: China Pertimbang Hulur Bantuan Kewangan, Komponen Senjata Kepada Iran 

Artikel berkaitan: “Jangan boros, banyakkan menabung” – Anwar Seru Rakyat Berjimat, Bersedia Hadapi Kemungkinan Krisis Ekonomi

“Thank you sir” – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian

Dalam video tersebut, Pezeshkian menzahirkan penghargaan terhadap sokongan Malaysia ke atas negaranya.

Di samping itu, Anwar Ibrahim yang mewakili Malaysia mengucapkan salam takziah kepada rakyat Iran terhadap kehilangan pemimpin tertinggi negara mereka termasuklah tokoh politik, anggota tentera dan keselamatan serta golongan tidak berdosa iaitu orang awam termasuklah kanak-kanak.

Saya turut menghargai penghargaan Presiden Pezeshkian terhadap sokongan Malaysia, dan komited untuk terus memperkukuh solidariti ini.”

“Sama-sama kita doakan agar konflik di Asia Barat dapat menemui jalan damai dengan kadar segera.” 

Sebelum ini, BERNAMA melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada Masoud Pezeshkian kerana memberikan laluan untuk kapal tangki minyak Malaysia melintasi Selat Hormuz.

Perdana Menteri Malaysia turut menjelaskan bahawa beliau ada bercakap dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif buat kali ketiga untuk mendapatkan keterangan mengenai cara untuk mencari pendamaian konflik, yang bermula kerana serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.

Bagaimanapun, Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa perkara itu tidak mudah kerana Iran mempunyai pandangan bahawa mereka sudah tertipu berulang kali dan sukar untuk menerima langkah pendamaian tanpa ada sesuatu yang boleh mengikat perjanjian dan jaminan keselamatan untuk negara mereka.

Sumber : Facebook, BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.