Setelah sekian lama bertarung dengan kesakitan, pelakon Lydia Ibtisam dilaporkan meninggal dunia pada petang Khamis, hanya beberapa jam selepas berita tentang keadaannya yang semakin kritikal dilaporkan media.
Khabar berita mendukacitakan itu disahkan menerusi satu hantaran di media sosial milik pelakon, Mimi Ernida. Sebelum ini, penyanyi Elliza Razak ada memohon orang ramai untuk mendoakan keadaan sahabat baiknya itu.
Artikel berkaitan: “Tolong hadiahkan doa dekat dia, 8 tahun control, tapi autoimun itu semakin agresif” – Suami Lydia Ibtisam
Artikel berkaitan: Gara-Gara Lebih Utamakan Bulan Madu Daripada Perjanjian Kerja, Nelydia Diperintah Bayar Ganti Rugi RM89,000

Bahkan, suami kepada Lydia juga ada memaklumkan bahawa isterinya kini berada dalam keadaan kritikal kerana penyakit autoimun itu telah menyerang buah pinggangnya dan mempunyai virus dalam perut, paru-paru dan darah.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai pelakon tempatan memberikan ucapan takziah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Sumber: Instagram

11 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















