Pesawat Pan Am Yang Hilang Ditemui Selepas 74 Tahun, Rupanya Tragedi Ini Punca Taklimat Keselamatan Diwajibkan

15 hours ago 9

Penemuan bangkai pesawat milik Pan American Airways (Pan Am) selepas 74 tahun di dasar Lautan Atlantik kembali mengingatkan dunia kepada antara tragedi paling bersejarah dalam industri penerbangan.

Nahas yang berlaku pada 11 April 1952 itu bukan sahaja mengorbankan puluhan nyawa, malah menjadi titik perubahan kepada pelaksanaan pelbagai prosedur keselamatan yang kini diamalkan dalam setiap penerbangan komersial.

Bangkai pesawat ditemui selepas 74 tahun

Pada Jun lalu, pasukan ekspedisi yang diketuai Air/Sea Heritage Foundation dengan kerjasama program Expedition Unknown berjaya menemui bangkai pesawat Pan Am iaitu Clipper Endeavor pada kedalaman kira-kira 610 meter (2,000 kaki) di dasar laut berhampiran Puerto Rico menggunakan dron sonar autonomi.

Imej yang dirakam menunjukkan bangkai pesawat telah terbelah kepada dua bahagian, namun logo Pan Am dan nama Clipper Endeavor masih jelas kelihatan pada bahagian fiuslaj (badan utama pesawat).

Screenshot 2026 07 23 120633

Penemuan bersejarah yang dilaporkan oleh Discovery pada Selasa bukan sahaja berjaya merungkai misteri yang berusia lebih tujuh dekad, malah menjadi peringatan bahawa tragedi tersebut telah mengubah landskap keselamatan penerbangan dunia.

ALERT: Research team found the Pan Am flight that crashed 74 years ago, killing 52 people, and changed airline industry standards forever.

A Pan Am flight on April 11, 1952, was headed from Puerto Rico to New York with 64 passengers and five crew members aboard.

It crashed… pic.twitter.com/qU9HO7epWq

— E X X ➠A L E R T S (@ExxAlerts) July 22, 2026

Terhempas sejurus berlepas

Menyingkap tragedi hitam itu, pesawat jenis Douglas DC-4 itu berlepas dari San Juan, Puerto Rico menuju ke New York dengan membawa 64 penumpang dan lima anak kapal.

Bagaimanapun, beberapa minit selepas berlepas, pesawat mengalami kegagalan beberapa enjin sehingga menyebabkan juruterbang tidak mempunyai pilihan selain melakukan pendaratan cemas di permukaan laut.

Walaupun semua individu di dalam pesawat terselamat daripada impak pendaratan di laut, keadaan bertukar tragis apabila bahagian ekor pesawat tercabut serta badan utama pesawat tenggelam ke dalam laut dengan pantas.

Screenshot 2026 07 23 120827

Ramai gagal selamatkan diri

Siasatan mendapati ramai penumpang gagal menemui jaket keselamatan dan rakit penyelamat kerana panik, sekali gus menyukarkan usaha menyelamatkan diri.

Ditambah pula, halangan bahasa, keadaan laut bergelora dan ancaman jerung menyebabkan sebahagian penumpang kekal di dalam kabin, sehingga ramai mangsa maut akibat lemas.

Daripada keseluruhan 69 orang yang berada di dalam pesawat, hanya 17 mangsa berjaya diselamatkan, manakala 52 mangsa terkorban.

Namun, hanya 39 mayat tidak pernah ditemui dan dipercayai masih berada bersama bangkai pesawat itu di dasar Lautan Atlantik.

666965820 983014374259009 1270842433072243714 N

Tragedi itu kemudiannya mencetuskan penelitian menyeluruh terhadap tahap keselamatan penerbangan komersial di seluruh dunia.

Punca taklimat keselamatan diwajibkan

Susulan nahas tersebut, pihak berkuasa penerbangan memperkenalkan pelbagai pembaharuan penting bagi meningkatkan peluang penumpang menyelamatkan diri ketika kecemasan.

Antara perubahan paling besar ialah pengenalan taklimat keselamatan sebelum penerbangan, termasuk demonstrasi penggunaan jaket keselamatan, lokasi pintu keluar kecemasan serta cara menggunakan peralatan keselamatan yang disampaikan oleh kru kabin sebelum pesawat berlepas.

Pexels Alejandro Quinonez 391112437 16691890

Selain itu, piawaian berkaitan penyediaan jaket keselamatan, rakit penyelamat dan latihan kru kabin turut dipertingkatkan bagi memastikan penumpang lebih bersedia sekiranya berlaku kecemasan.

Sehingga hari ini, prosedur tersebut menjadi amalan wajib dalam hampir semua penerbangan komersial di seluruh dunia.

Kini, setiap kali penumpang mendengar taklimat keselamatan sebelum pesawat berlepas, ia merupakan sebahagian daripada legasi yang lahir hasil pengajaran pahit daripada nahas Clipper Endeavor pada tahun 1952.

Sumber: BBC News, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |