Umum mengetahui minyak petrol RON95 adalah terhad untuk kenderaan yang berdaftar di Malaysia kerana ianya bersubsidi. Kalau kita nampak ada kenderaan luar isi minyak RON95 kita boleh halang mereka.
Itulah tindakan yang dibuat oleh seorang pekerja stesen minyak ini selepas menyedari pemilik kereta dengan nombor pendaftaran dari Singapura ingin mengisi minyak RON95. Tindakan pekerja itu menghalang dan meletakkan semula pam ke tempat asal dipuji orang ramai. Korang tengok lah video @_shahrahim_ di bawah ni.
@_shahrahim_♬ bunyi asal – Ammar Qayyum – Ammar Qayyum
Terus letak balik pam
Rata-rata netizen memuji tindakan pekerja stesen minyak itu yang terus meletakkan semula pam selepas mendapati kenderaan itu adalah kenderaan luar negara.
Betul, kita kena halang kenderaan luar dari isi minyak RON95. Minyak tu bersubsidi, kenderaan yang berdaftar di Malaysia je yang boleh isi.
Pujian juga harus diberikan kepada pihak pengurusan stesen minyak tu. Pihak pengurusan mesti dah brief pekerja-pekerja untuk halang kenderaan luar isi minyak RON95. Kalau tak pengurusan yang kena saman.
Kannn… laju betul dia buat kerja. Terus amik pam tu dan letak balik. Boleh lah bagi bonus sikit untuk pekerja tu.
Baca: Motosikal Terbakar, Tindakan Pantas Pekerja Pam Minyak Padam Api Dapat Pujian Orang Ramai