Sejak semalam tular satu video memperlihatkan seorang pereka fesyen, Razman Razmi diserang oleh seorang jurugrambar dalam satu acara anugerah yang berlangsung di sebuah hotel.
Menurut Berita Harian, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.40 malam tadi saat wartawan tengah sibuk menemuramah Datuk Seri Vida sebelum jurugeambar tersebut menyerang Razman Razmi menggunakan kameranya.
Artikel berkaitan : Sedar Tingkah Laku Diperhatikan, Pereka Fesyen Diganggu Ah Long
Artikel berkaitan :“Ada isu peribadi” -Polis Reman Jurugambar Guna Kamera Puk*l Pereka Fesyen
Ketika kes ini sedang hangat di media sosial dan menjadi perhatian orang ramai, seorang wanita mendakwa bahawa dirinya pernha menjadi mangsa pukul jurugambar tersebut. Malah katanya, kes dia ini sampai jadi campur tangan polis.
Seperti yang ita sedia maklum, difahamkan punca kejadian itu berlaku akibat hal peribadi iaitu hutang, jadi ada netizen spekulasi bahawa wanita ini pernah dipukul kerana hutang, namun wanita ini menjelaskan bahawa dia dibelasah bukan akibat hutang.
Bagaimanapun, pereka fesyen ini telah tampil memberikan keterangan bahawa mereka akui ada meminjam wang daripada lelaki itu tapi tidak pernah lari daripada membayar hutang dan biarpun wanita ini tidak menceritakan punca dia dipukul, ramai yang pelik dan marah dengan jurugambar itu.
Namun begitu, ada juga netizen yang mahukan bukti jika dia pernah manjadi mangsa keganasan jurugambar itu. Terkini, jurugambar tersebut dikatkaan telah ditahan polis. Apapun, kita tunggu je la respon semua pihak untuk maklumat selanjutnya.
Sumber : Berita Harian,X