Pasangan panda gergasi popular di Zoo Negara, Fu Wa dan Feng Yi, akan dihantar pulang ke China pada Mei ini setelah lebih satu dekad menetap di Malaysia sejak 2014.
Menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), kepulangan ini adalah sebahagian daripada perjanjian diplomatik antara Malaysia dan China yang membolehkan Malaysia menerima pasangan panda baharu untuk tempoh sepuluh tahun akan datang sehingga 2035.
Memetik laporan Sinar Harian, sebagai persediaan, Fu Wa dan Feng Yi kini menjalani kuarantin bermula semalam dan pengunjung hanya boleh melihat mereka dari pusat pembelajaran Zoo Negara pada masa tertentu. Sepanjang tempoh ini, Zoo Negara turut merancang pelbagai aktiviti seperti sesi bersama penjaga panda, tayangan dokumentari, dan pertandingan kreatif.
Tiga anak pasangan ini, Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi, telah pulang ke China pada 2017 dan 2023. Pasangan baharu panda dari China dijangka tiba di Malaysia pada Ogos ini.
Baca: “Perut harimau pun kempis” – Influencer TikTok Luah Rasa Hampa Dengan Keadaan Zoo Negara