Pos Malaysia menerusi Facebook rasmi mereka memohon maaf bagi pihak CEO Pos Malaysia, Charles Brewer kepada kakitangan syarikat kurier tersebut yang tersinggung dengan respon CEO berkenaan mengenai pakaian seragam kakitangan baru-baru ini.
Isu ini bermula apabila terdapat seorang individu yang merupakan kakitangan Pos Malaysia memohon untuk mendapat pakaian seragam baru kerana pakaian yang dipakainya kini sudah rosak sehingga ada pelanggan yang menegur keadaan seragam tersebut.
Namun, respon CEO Pos Malaysia ini menjadi perhatian ramai kerana ramai netizen berpendapat bahawa respon berkenaan seperti tidak berempati dengan pakaian seragam kakitangan yang telah rosak tersebut.
Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Tolak Permohonan Maaf Secara Tertutup, Bagi Tempoh Sampai Hari Raya
Artikel berkaitan : “Pertemuan ini akan jadi penentu” – Ellie Suriaty Setuju Berjumpa Dengan Imran Bard
Susulan respon CEO Pos Malaysia tersebut yang tular di media sosial, pihak Pos Malaysia kemudiannya telah membuat permohonan maaf kepada kakitangan mereka yang terkesan dengan isu tersebut.
Selain itu, CEO tersebut mengatakan beliau dengan rasa rendah diri telah menyampaikan pemohonan maaf kepada kakitangan yang terkesan dan ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin tersinggung dengan kenyataannya sebelum ini.
Charles Brewer turut mengakui bahawa responnya sepatutnya lebih berempati dan selepas ini berjanji akan terus membina budaya kerja yang saling menghormati serta menyokong semua warga di syarikat tersebut.
Pihak Pos Malaysia juga sedang menambah baik proses dalaman mereka untuk memastikan penggantian pakaian seragam dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur.
Sumber: Facebook Pos Malaysia Berhad
Sumber: X
Sumber: X