Nama pempengaruh dan usahawan pizza, Jofliam sekali lagi menjadi perhatian ramai netizen susulan kenyataannya yang menyifatkan bahawa epidural yang diambil oleh ibu hamil ketika bersalin sebagai cheatcode.
Menurut perkongsian bekas isteri Jofliam yang juga seorang pempengaruh iaitu Cik Epal, difahamkan, kenyataan itu dikeluarkan oleh Jofliam ketika membalas mesej DM seorang individu selepas individu tersebut menasihati Jofliam agar tetap mengingati pengorbanan Cik Epal melahirkan dua orang anak mereka meskipun mereka telah pun berpisah.
Artikel Berkaitan: “Aku hormat orang yang sensitif isu ni tapi…” – Gara-gara Jadi Jurusolek Isteri Jofliam, Syedewa Bersuara
Artikel berkaitan: Jofliam Sah Bergelar Suami Kepada Emira Delyati Dewi
Jofliam kemudiannya membalas mesej individu tersebut dengan mengatakan bahawa Cik Epal menggunakan cheatcode epidural ketika melahirkan anak mereka, Han dan Yuki.
Susulan kenyataan tersebut, seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Raihana Ismail menerusi platform media sosial Thread tampil menepis kenyataan Jofliam itu kerana epidural bukanlah jalan pintas sebaliknya ia diambil oleh ibu bersalin untuk mengelakkan komplikasi dan trauma.
Jofliam pula telah kemudiannya telah memohon maaf menerusi Instagram Story berhubung kenyataannya itu.
Menurut Jofliam, DM tersebut telah berlaku empat bulan lalu yang kini ditularkan semula di media sosial.
Dia turut mengakui bahawa apabila dia membaca semula kenyataannya itu, dia mengakui dia tidak sepatutnya menulis sedemikian.
Sehubungan dengan itu, Jofliam turut memohon maaf jika kenyataanya pada empat bulan lalu telah dianggap seperti merendahkan pengorbanan ibu yang menggunakan epidural ketika bersalin.
Selain itu, untuk menebus kesilapan, Jofliam turut mahu menghadiahkan bunga dan piza ekstra berbentuk hati kepada ibu-ibu hamil yang membeli pizanya sebagai tanda meraikan kaum Hawa yang telah berkorban nyawa melahirkan anak-anak.
Sumber: Instagram Cik Epal