bas UUM

Seorang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) dilaporkan meninggal dunia selepas dilanggar bas kampus UUM di hadapan pondok perhentian bas universiti itu pagi Sabtu semalam.

13 2

Menurut laporan Buletin TV3, kejadian berlaku pada jam 8.45 pagi.

Difahamkan, siasatan awal mendapati mangsa, Manarina Hasya Muhamad Karim ketika kejadian sedang menunggu giliran untuk menaiki bas.

Kejadian berlaku apabila bas pertama yang sedang mengambil penumpang di perhentian bas tersebut telah dirempuh dari belakang oleh sebuah lagi bas.

14

Artikel Berkaitan: “Tak sangka ini Aidilfitri pertama dan terakhir kami” – Isteri Pilu, Suami Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika Bantu Mangsa Kemalangan

Artikel Berkaitan: Insiden Abang Kejar Kereta BF Adik Jadi Punca Kemalangan 3 Kenderaan Di Highway Dekat Kampar

Bas yang berada di hadapan yang dirempuh oleh bas kedua itu kemudiannya menggelongsor ke depan dan melanggar besi penghadang jalan sebelum menghimpit mangsa.

15 1

Mangsa, 22 tahun yang merupakan pelajar semester 4 di universiti itu terus dikejarkan ke hospital untuk dirawat namun telah meninggal dunia tak lama kemudian kerana mengalami kecederaan serius.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sama-sama kita doakan agar keluarga mangsa tetap kuat dengan ujian ini. 

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.