Dato’ M. Nasir Muncul Dalam Iklan Wonda, Rupa-rupanya Ada ‘Hint’ Konsert Baru?!

8 hours ago 4

Kalau korang lalu Old Klang Road atau Jalan Syed Putra kebelakangan ni, mungkin korang ada perasan satu billboard yang nampak simple, tapi cukup buat orang toleh dua kali. Ye, billboard yang ada muka M. Nasir tu!

Bukan M. Nasir palsu, bukan deepfake, bukan AI-generated. Ini memang real Dato’ M. Nasir dengan gaya cool dia yang tak lapuk dek zaman. Iklan ni muncul tanpa bunyi bising, tapi berjaya tarik perhatian ramai netizen.

Kalau korang nak tahu papan tanda tersebut merupakan sebahagian daripada kempen terbaharu Wonda Coffee yang menampilkan ikon dan legenda muzik tempatan, M. Nasir tau!

Apa yang lebih istimewa, penampilan Dato’ M. Nasir bukan sahaja berjaya mencuri perhatian orang ramai, malah berjaya menyentuh emosi rakyat Malaysia.

WhatsApp Image 2025 04 20 at 10.10.03

Tengok wajah M. Nasir, terus rasa macam nak ‘throwback’

Bagi sesiapa yang membesar dengan lagu-lagu seperti Mentera Semerah Padi, Keroncong Untuk Ana atau Ghazal Untuk Rabiah, melihat wajah Dato’ M. Nasir di papan iklan sudah cukup untuk membuatkan kita terkenang zaman silam.

Beliau bukan sekadar penyanyi. Dato’ M. Nasir adalah seorang penyair, pencipta dan pencerita yang karya-karyanya menjadi sebahagian daripada sejarah muzik negara.

WhatsApp Image 2025 04 20 at 10.10.03 copy

Jadi, apabila terlihat beliau di papan iklan tersebut dengan renungan ‘tajam’ dan kata-kata;

Kopi Wonda Kegemaran M. Nasir.”

Terus rasa bangga dan terharu! Siapa sangka, kopi dalam tin yang sering kita lihat di rak-rak kedai rupa-rupanya menjadi pilihan peribadi seorang tokoh seni yang begitu dihormati?

Rupa-rupanya, ada hadiah istimewa untuk peminat setia!

mnasir cipta raya

Apa yang menjadikan iklan ini lebih istimewa ialah satu baris kecil di hujung salinan iklan yang berjaya mencetus keterujaan dalam kalangan peminat setia beliau iaitu:

Nantikan Konsert Cipta 3 Yang Akan Datang.”

Ya, konsert baharu bakal berlangsung!

Untuk para peminat yang masih lagi tak dapat ‘move on’ dengan kehebatan Konsert Cipta yang berlangsung pada 13 April 2025 di Zepp Kuala Lumpur lalu, mesej ini seakan beri satu ‘hint’ bahawa sesuatu yang lebih besar dan mengujakan sedang dirancang untuk siri konsert ini.

Bagi peminat yang terlepas menyaksikan Konsert Cipta yang lepas, mungkin inilah masanya untuk kembali menonton M. Nasir secara langsung di pentas mega.

Tengok iklan pun dah rasa nak cuba Wonda Coffee

WhatsApp Image 2025 04 20 at 10.10.18

Ramai yang cakap, lepas je tengok papan iklan tersebut, timbul keinginan nak cuba sendiri rasa Wonda Coffee.

Maknanya, tanpa sebarang promosi yang keterlaluan, iklan ini berjaya membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan orang ramai, semuanya kerana mesejnya yang ringkas, bersahaja, tetapi sarat dengan makna.

Lagipun, jika Dato’ M. Nasir sendiri pilih kopi ini sebagai minuman kegemarannya, mesti ada sesuatu yang istimewa pada rasanya. 

Malah, khabar angin turut mengatakan bahawa beliau memang benar-benar peminat Wonda Coffee!

m nasir

Satu tin kopi. Satu papan iklan. Satu lagenda.

Kadang-kadang, itu sahaja yang diperlukan untuk sentuh hati rakyat Malaysia.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |