Setiap wanita hamil harus menjalani pemeriksaaan saringan sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan itu sebelum sebelum melahirkan bayi. Pasti akan ada suami mithali yang akan berada di sisi isterinya untuk memberikan sokongan moral kepada isterinya.
Namun begitu, perbuatan tersebut ternyata telah mengundang rasa kurang senang terhadap sikap sebegitu kerana dianggan menyusahkan orang lain.
Artikel berkaitan : Niat Peniaga Nak Bagi Free Dekat Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Berkeras Minta Sampai 5 Bungkus Makanan?
Artikel berkaitan : [VIDEO] Langgar Ibu Hamil, Wanita Mengamuk Bila Orang Ramai Minta Turun Bertanggungjawab
“Nak beritahu perkara comkon sense yang patut suami-suami sweet follow isteri check-up dekat klinik kesihatan.”
“Kalau waktu tengah pack, tolong berikan seat kepada ibu-ibu yang mengandung. Jangan duduk macam tak ada perasaan. Menyemak!”
Tambah individu tersebut, tidak dinafikan jika golongan suami menunjukkan keprihatinan terhadap isterinya yang hamil itu bagus, tetapi mereka juga harus peka dengan situasi sekeliling.
“Kadang-kadang Unit Kesihatan Keluarga (MCH) penuh denagn bapa-bapa mitahli tapi macam tak ada otak.”
Dengan luahan tersebut, majoriti netizen bersependapat dengan individu ini kerana mereka pernah alami situasi yang lebih kurang sama di depan mata mereka.
Kata mereka,pihak isteri patut mainkan peranan penting meminta suaminya untuk bangun agar dapat beri ruang kepada ibu hamil yang lain bahkan ia bakal membuatkan ibu-ibu yang ingin memberikan susu badan rasa tidak selesa.
Ada juga yang pernah terjumpa dengan seorang ibu yang berpantang perlu ambil dan tunggu giliran sendiri sambil berdiri sementara si suami kepada satu pasangan ini selamba duduk di atas kerusi.
DIsebabkan itu, ada netizen yang menyarankan agar pihak fasiliti turut ambil peranan dengan membuat rondaan atau meletakkan notis sebagai tanda peringatan mesra buat suami agar beri keutamaan kepada ibu hamil.
Sumber : mStar Online