Baru-baru ini. tular kejadian seorang remaja lelaki telah ditampar oleh seorang lelaki dewasa ketika sedang menunggu giliran untuk membeli roti di sebuah kedai di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Mangsa yang berusia 13 tahun disahkan telah mengalami kecederaan ‘soft tissue injury nasal lesion’ akibat dari tamparan itu.
Terkini, pihak polis telah berjaya menahan suspek iaitu seorang lelaki yang berusia 48 tahun pada petang semalam ketika suspek berada di sekitar kawasan Jalan Masjid India, KL.

Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Remaja Dit*mpar Alami ‘Soft Tissue Injury’, Siasatan Lanjut Sedang Dijalankan
Artikel berkaitan: Tular Video Wanita Dit*mpar & Dip*kul Suami Di Tempat Awam Di Melaka
Menurut suspek setelah disiasat polis, lelaki tersebut telah menampar remaja lelaki itu kerana mendakwa remaja itu telah mengorek hidung ketika menunggu giliran untuk membeli roti di sebelahnya. Suspek bertindak sedemikian kerana berasa marah.
Suspek juga didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik.
Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan dan beberapa lagi akta lain yang berkaitan.
Sumber: Buletin TV3

13 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















