Siapa kata hubungan menantu dan mak mentua ni selalunya penuh drama? Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok milik pengguna @mem.besau yang berjaya mencairkan hati netizen dengan keakraban luar biasa bersama mak mentuanya yang berbangsa Cina.
Menerusi hantaran video tersebut, kelihatan momen sebak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila keluarga mentuanya hadir untuk menghantar beliau dan suami menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Artikel berkaitan: “Takkan nak tinggalkan jemaah terkontang-kanting” – Tular Isu Jemaah Umrah Terkandas Di Jeddah, Ini Jawapan TA
Artikel berkaitan: Tersentuh Tengok Guru Mengaji Tahan Lapar & Berjalan Kaki, Aisar Khaled Hadiahkan Motor Serta Taja Umrah
@mem.besauTerima kasih Ya Allah , atas rezeki yang kau beri . Terharu sangat bila mak mentua cakap dia nak hantar dekat klia , macam macam pesan . Tapi kann , kenapa setiap kali orang nak pergi umrah atau haji ramai orang akan hantar sampai airport eh ? Korang tahu tak sebab dia ? #mixmarriage #mixmarried #interacialcouple #ramadhan #umrah
Apa yang menarik perhatian ramai adalah sokongan padu yang diberikan oleh keluarga mentuanya meskipun berbeza agama. Bukan sekadar hantar ke airport, malah mak mentuanya itu dilihat sangat prihatin dan sebak melepaskan menantu kesayangannya pergi beribadah.
“Terharu sangat. Ramadhan 2026; Mak mentua cina hantar ke klia sebelum menunaikan umrah di bulan Ramadhan & beraya di tanah suci,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, beliau turut berkongsi satu lagi perkara yang buat netizen terharu iaitu mak mentuanya turut membekalkan sebotol sambal hijau.
Malah, ramai juga netizen di ruangan komen memuji sikap toleransi dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarga ini.

Sumber: TikTok

13 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















