Rumah Dikepung Penduduk! Guru Didakwa Biarkan Anak Murid Jadi Pemuas Nafsu Suami

12 hours ago 12

Sepasang suami isteri ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam jenayah seksual terhadap seorang murid sekolah rendah di Tanjung Balai, Sumatera Utara, Indonesia.

Kejadian mula terbongkar selepas mangsa yang merupakan murid Tahun Dua dan anak yatim piatu menunjukkan perubahan sikap serta kerap mengadu mengalami kesakitan pada beberapa bahagian badan.

Setiausaha Kampung, AAS berkata, pengakuan mangsa membawa kepada pendedahan kes yang didakwa membabitkan seorang guru wanita bersama suaminya.

“Apabila ditanya oleh nenek angkatnya, mangsa mengaku menjadi mangsa keganasan seksual yang didakwa dilakukan oleh suspek,” katanya.

Susulan pendedahan itu, keluarga mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjungbalai dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap kedua-dua suspek.

Difahamkan, suspek lelaki merupakan penjawat awam sambilan di bawah pentadbiran Kerajaan Kota Tanjungbalai, manakala isterinya bertugas sebagai seorang guru.

G

Artikel berkaitan: ‘Ratah’ Anak Sendiri Sejak Umur 16 Tahun, Lelaki Dihukum Penjara 280 Tahun & 180 Sebatan

Artikel berkaitan: Lakukan Amang Seksual Terhadap 9 Orang Murid Lelaki, Guru Hadap 11 Pertuduhan

Penduduk merusuh rumah guru

Menurut AAS, laporan berhubung kes tersebut telah dibuat kira-kira dua bulan lalu, namun proses siasatan didakwa berjalan perlahan sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat.

Situasi mula menjadi tegang selepas timbul dakwaan bahawa salah seorang suspek masih meneruskan tugas mengajar di sekolah walaupun siasatan polis sedang berlangsung.

“Dakwaan bahawa suspek masih berada di sekolah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa dan penduduk setempat,” katanya.

Hal ini mencetuskan kemarahan penduduk sehingga orang berhimpun dan mengerumuni kediaman guru berkenaan sebagai tanda bantahan terhadap dakwaan jenayah tersebut, seperti yang tular di media sosial.

Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dan amukan orang ramai, pihak berkuasa bertindak mengiringi serta membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Tanjung Balai.

Setakat artikel ini ditulis, pihak polis belum mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai perkembangan siasatan atau sama ada sebarang pertuduhan akan difailkan terhadap kedua-dua suspek.

Kes itu mengundang perhatian meluas masyarakat Indonesia yang menggesa agar siasatan dijalankan secara telus dan tindakan tegas diambil sekiranya dakwaan terhadap pasangan berkenaan berjaya dibuktikan di mahkamah.

Sumber: Sinar Harian, Vivo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |