“I love you, teacher” – Guru Kongsi Momen Terakhir Dengan Lydia Ibtisam

11 hours ago 13

Ungkapan ringkas namun penuh bermakna akan sentiasa bersemadi dalam ingatan Mariah Ibrahim, 60, selepas perbualan terakhirnya bersama bekas pelakon drama Impian Illyana, Lydia Ibtisam Abdul Wahab, 46, yang menghembus nafas terakhir semalam.

Menurut Mariah yang juga bekas guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor, perbualan terakhir bersama bekas pelajarnya itu berlaku menerusi panggilan video pada 12 Julai lalu.

“I love you, teacher (Saya sayang kamu, cikgu),” katanya.

Mengenali arwah sejak di Tingkatan Satu, Mariah menyifatkan hubungan mereka tersangat rapat dan sentiasa terjalin biarpun arwah sudah tamat persekolahan.

Artikel berkaitan: Pelakon Lydia Ibtisam Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: “Tolong hadiahkan doa dekat dia, 8 tahun control, tapi autoimun itu semakin agresif” – Suami Lydia Ibtisam

553 6

“Hubungan kami sangat rapat sejak dia berusia 13 tahun dan sering berhubung sehingga kini.

Di sekolah, arwah adalah pelajar yang periang, pintar dan jadi penyeri dalam kelas serta disenangi rakan malah sikapnya itu masih sama sampai sekarang.

Arwah tidak pernah menceritakan penyakitnya, walaupun sedikit terkilan namun saya faham mungkin dia tidak mahu saya risau,” katanya.

Tetap Berbual Walau Keadaan Lemah Di ICU

Mengimbas kembali detik panggilan video berkenaan, Mariah memberitahu bahawa arwah ketika itu masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun tetap berkeras mahu berhubung dengannya walaupun fizikalnya tampak sangat lemah.

“Ketika panggilan video itu, difahamkan arwah masih dirawat di ICU (Unit Rawatan Rapi) namun dia tetap mahu berbual dengan saya walaupun keadaannya sangat lemah.

Saya berjanji mahu melawat Lydia Ibtisam minggu ini tetapi Allah SWT lebih menyayangi arwah apabila kami dapat berita mengenai pemergiannya,” tambah Mariah.

Beliau mengakui pada awalnya sukar untuk mempercayai berita duka itu apabila dihubungi ahli keluarga arwah, sebelum akhirnya menangis teresak-esak sekitar jam 1 pagi apabila menyedari pemergian insan kesayangannya itu.

Rasa sebak semakin menggamit jiwa guru berkenaan apabila dimaklumkan oleh anak sulung arwah bahawa ibunya sering menceritakan perihal Mariah di rumah.

“Semasa berjumpa dengan anak sulungnya, dia beritahu bahawa ibunya (Lydia Ibtisam) sangat sayang pada saya dan sering bercerita tentang saya.

Lydia Ibtisam Abdul Wahab, Teacher tak akan lupakan kamu sampai bila-bila,” luahnya penuh emosi.

Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Lupus

Semalam, media melaporkan Lydia Ibtisam telah menghembus nafas terakhir pada jam 4.30 petang di sebuah hospital di Kuala Lumpur akibat penyakit autoimun Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang menyerang buah pinggang sehingga menyebabkan lupus nefritis.

Allahyarham meninggalkan dua orang cahaya mata iaitu Nor Sarah Alisya, 14, dan Mohd Adan, 10.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak kira-kira jam 9.30 pagi tadi dengan kehadiran ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |